31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Cari penyelesaian bukan bererti kembali bersama – Diana

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON, Diana Danielle Danny Beeson menjelaskan kemahuan pihaknya berbincang bersama suami, Farid Kamil bukan bermaksud dia ingin memulihkan kembali hubungan mereka.

Menerusi status di Instagram, Diana berkata, berharap orang ramai khususnya peminatnya tidak salah anggap bahawa hubungan yang retak itu akan kembali pulih.

“Mencari konklusi tidak bererti kembali bersama. Jangan salah faham pula dengan kenyataan saya,” katanya hari ini.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menetapkan 30 Mei depan bagi sebutan semula dua pihak atau inter-parte berhubung jagaan anak pasangan pelakon tersebut.

Menurut peguam syarie yang menwakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader, mahkamah turut melanjutkan perintah hadanah interim ex-parte (satu pihak) kepada pelakon wanita itu sehingga 30 Mei depan.

“Kedua-dua pihak telah maklumkan kepada hakim bahawa kita mahu ambil inisiatif penyelesaian mahkamah semua isu berkaitan kedua-dua belah mereka.

“Nampaknya ada harapan sebab pihak sana juga sudah tunjukkan kemahuan (mereka) untuk berbincang pada proses Sulh (penyelesaian pertikaian) yang ditetapkan pada 11 April ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Syarie Zulfikri Yasoa.

Pada 10 Mac lalu, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri. – Edisi 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan