27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Bakal haji wajib ambil vaksin COVID-19, Meningococcal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada semua jemaah haji supaya mengambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis dan vaksin COVID-19 bagi mengekang penularan penyakit meningokokus yang pernah berlaku pada tahun 2001 dan 2012.

KKM dalam kenyataan memaklumkan pengambilan dos pertama, kedua dan dos penggalak bagi vaksin COVID-19 juga diwajibkan bagi jemaah haji.

Katanya, jemaah haji wajib mendapatkan suntikan vaksin Meningococcal selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh penerbangan dan suntikan tersebut sah tiga hingga lima tahun.

“Jemaah haji juga digalakkan mengambil vaksin Pneumococcal dan vaksin Influenza yang boleh mengakibatkan radang paru-paru yang juga merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan kematian di kalangan para jemaah haji,”menurut KKM.

Menerusi infografik yang dimuat naik KKM amat menggalakkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal dan vaksin Influenza bagi jemaah haji berusia 50 tahun dan ke atas.

Selain itu, ia juga disarankan bagi jemaah haji yang merokok, mempunyai penyakit sistem pernafasan seperti penyakit asma dan COPD, serta menghidap penyakit kronik seperti diabetes; penyakit jantung; buah pinggang; neulogi, dan obesiti. – Edisi 9

Terkini

McDonald’s tawar pengajian diploma kepada 18 alumni perantis

MCDONALD'S Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan