25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Poster kredit Shopee papar gambar PM palsu – JPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perdana Menteri (JPM) menafikan poster pemberian kredit Shopee RM400 untuk rakyat.

JPM menerusi kenyataan berkata, merujuk kepada poster yang tular di media sosial bertajuk ‘Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia’.

“Untuk makluman, berita tersebut adalah palsu.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” kata JPM menerusi hantaran di laman Facebook.

Kata JPM, sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih.

Menerusi poster tersebut turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan logo Malaysia Madani berkenaan adalah palsu. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan