33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki ditahan bersama kotak rokok seludup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki menyimpan rokok seludup berakhir dengan penangkapan apabila ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.

“Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok tidak bercukai dan hasil tangkapan kita menemui 18 kotak rokok jenama John JDB, dua kotak Canyon Premium Merah dan sekotak Manchester Merah.

“Keseluruhan 21 kotak rokok dipercayai diseludup itu bernilai RM84,000,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, turut dirampas sebuah motosikal dan kereta Proton Saga dengan keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah RM108,000.

Bagaimanapun, Mohd Sohaimi berkata, pihaknya masih menyiasat bagi mengetahui peranan lelaki itu dan dari mana rokok seludup terbabit diperoleh.

Menurutnya, lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek direman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan