27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Baby Shima umum bertanding PRN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS Altimet yang dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR), kini giliran seorang lagi penyanyi, Baby Shima yang menyatakan akan bertanding pada 12 Ogos ini.

Tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri yang mana akan ditandingi, Baby Shima dijangka bertanding selaku calon bebas.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30 berkata, tujuan utamanya masuk ke arena politik ini adalah bagi membela nasib rakyat.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya akan mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

Advertisements

“Ingat kamu bawa perubahan, fikir-fikirkanlah anak muda, undi saya,” katanya menerusi video ringkas yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.

Sebelum ini, beberapa artis turut terjun ke bidang politik seperti Datuk Dira Abu Zahar, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Herman Tino, Azwan Ali, Lando Zawawi dan terbaharu, Altimet.

PRN di enam negeri akan diadakan serentak pada 12 Ogos ini dengan 245 kerusi DUN akan dipertandingkan serta satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Tarikh penamaan calon adalah pada Sabtu ini dan hari mengundi awal pula ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 8 Ogos. – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan