27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Dedikasi kemenangan PRN di 6 negeri kepada Salahuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mengajak rakyat dedikasikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, ia juga sebagai memperjuangkan visi Allahyarham demi kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia supaya negara dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

“Akan menjadi satu perkara yang bertentangan dengan visi Salahuddin untuk melihat pertukaran kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

“Dan pastinya menjadi harapan Salahuddin untuk melihat perubahan politik di Kedah, Kelantan, dan Terengganu untuk melihat negeri-negeri ini diangkat dari kedudukan mereka sebagai negeri-negeri termiskin kepada negeri-negeri termaju di Malaysia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Kit Siang berkata, seperti yang Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu telah katakan berkali-kali sebelum ini, parti-parti dalam kerajaan perpaduan Anwar mempunyai agenda yang lebih berteraskan rakyat berbanding dengan Perikatan Nasional (PN).

Advertisements

“Sudah tiba masanya untuk semua orang dari semua parti mengukuhkan ikatan kita demi manfaat untuk rakyat.

“Salahuddin turut mengatakan: “Ahli-ahli Kabinet, termasuklah yang dari BN dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan (PH) adalah antara yang paling stabil, kuat, harmoni, dan tidak termakan dengan hasutan-hasutan sebegini.

“Kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar adalah kerajaan yang paling stabil dan kuat dan sentiasa berusaha untuk menguruskan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.”

“Sehubungan dengan itu, marilah kita dedikasikan enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos untuk Salahuddin Ayub untuk memperjuangkan visinya demi kestabilan politik dan perpaduan nasional di Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan