30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tuduhan PN rasuah Agong RM1 bilion fitnah jelik, keterlaluan

Mesti Baca

TUDUHAN bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu fitnah melulu yang jelik, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, fitnah jahat itu disambut pula oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH) termasuk mereka yang berjawatan di dalam Kerajaan.

“Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, laporan polis telah dibuat oleh Datuj Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN agar mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas.

“Saya mengingatkan pemimpin PH dan konco-konconya supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor ini.

“Janganlah memfitnah orang lain semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri,” katanya.

Advertisements

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan Kerajaan.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah Kerajaan dibentuk samada melalui pilihanraya atau di luar pilihan raya iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakkan jawatan.

“Peruntukan perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” katanya.

Sejak kebelakangan ini PN terus memainkan persepsi bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang melalui apa yang dipanggil Langkah Dubai.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa PN sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan tetapi hanya menunggu hari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan