26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pendekatan 3P, budaya 3iP corak haluan baharu MARA

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan menggunakan pendekatan 3P iaitu Penyertaan, Pemilikan dan Penguasaan dalam mencorakkan haluan baharu MARA dan kaum bumiputera khasnya.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mekanisme dan pendekatan itu akan disokong dengan langkah proaktif warga kerja MARA dalam menyemarakkan lagi agenda “Merakyatkan MARA”.

“Naratif MARA perlu diberikan nafas baharu selain dipakejkan semula untuk lebih dekat dan menyentuh hati dan jiwa masyarakat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Melangkah Ke 2024 Bersama Pengerusi MARA di MARA JAPAN Industrial Institute (MJII), Beranang, Selangor kelmarin.

Dr. Asyraf berkata, pendekatan 3P itu turut akan diperkukuhkan dengan imperatif budaya “Merakyatkan MARA” dengan memberi penekanan terhadap elemen 3iP.

Advertisements

Katanya, 3iP itu merangkumi nilai Integriti, Ihsan, Inovatif dan seterusnya menjadi warga kerja yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi yang bakal menterjemah pelbagai dasar dan program yang akan dilaksanakan.

Nilai budaya yang diterapkan ini juga, kata beliau, penting bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan tidak tiris dan memberi impak besar terhadap mandat dalam membangunkan sosio-ekonomi bumiputera.

“MARA memerlukan kepimpinan berwibawa dan berprestasi tinggi didokong dengan warga kerja yang berfungsi dengan efisyen dan efektif dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini,” katanya.

Beliau berkata, tahun 2024 merupakan tahun penting untuk MARA melonjak ke satu tahap yang lebih jauh dengan menambah baik pendekatan program sedia ada.

Katanya, ini bagi memastikan agensi itu berada di landasan yang betul dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi bumiputera seterusnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan