24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PKPD 3 Felda Jengka dan Ulu Jempol tamat awal

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang yang sepatutnya berakhir pada 15 Mac ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 471 ujian saringan.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, secara kumulatif hanya satu kes telah dilaporkan yang melibatkan lokaliti ini.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan kes positif hanya dikesan dalam Felda Ulu Jempol dan semua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenal pasti, disampel dan diasingkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jengka
ISMAIL SABRI YAAKOB

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri memberitahu, seramai 517 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Beliau menambah, daripada jumlah itu, sebanyak 513 orang dikompaun manakala empat lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tiada penjarakan fizikal (202), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (95), tidak memakai pelitup muka (66), aktiviti pusat hiburan (64), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (64), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (18), keluar rumah tanpa alasan munasabah (1) dan lain-lain (7),” jelasnya.

Advertisements

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 63,955 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,155 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,038 anggota telah membuat pemantauan di 5,698 buah restoran, pasar raya (4,539), bank (2,482), penjaja (3,992), pasar awam/tani (136), kilang (2,306) dan pejabat kerajaan (896).

Turut dipantau adalah tempat ibadah (366), tempat riadah (17,756), terminal pengangkutan darat (3,301), terminal pengangkutan air (1,699) dan terminal pengangkutan udara (574).

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan telah menangkap 33 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas empat buah kenderaan darat.

Menurut beliau, dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 102 buah bot/kapal di perairan negara dan sembilan buah kenderaan darat melalui 12 aktiviti penglihatan.

“Selain itu, empat orang PATI turut diusir menerusi dua aktiviti pengusiran,” ujarnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan