30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

1,177 kematian sejak COVID-19 melanda Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 1,177 kematian akibat COVID-19 dicatatkan setakat ini di Malaysia sejak pandemik itu mula melanda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi hari ini sahaja, kematian melibatkan seramai lapan pesakit COVID-19 dan mereka terdiri daripada tujuh rakyat tempatan serta seorang warga asing.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes kematian di Sabah, Pulau Pinang, dan Johor, serta masing-masing satu kes kematian di Kuala Lumpur dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tiada kematian direkodkan di negeri-negeri lain.

kematian
kematian

Beliau turut memaklumkan hari ini, jumlah kes aktif telah kurang daripada 20,000 kes, iaitu 19,778 kes.

Dr Noor Hisham menambah, jumlah kes baharu iaitu 1,529 kes pula merupakan jumlah kes baharu paling rendah yang dicatatkan untuk tahun ini.

“Diharapkan tren jumlah kes menurun ini akan berterusan,” jelasnya.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari);

Kes sembuh : 2,076 kes (294,034 kes kumulatif, 93.4%);

Kes baharu : 1,529 kes (314,989 kes kumulatif);

Kes import : 9 kes (3 warganegara; 6 bukan warganegara)

Kes tempatan : 1,520 kes [1,177 warganegara (77.4%); 343 bukan warganegara (22.6 %)];

Kes aktif : 19,778 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 160 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 79 kes; dan

Kes kematian : 8 kes (1,177 kes kumulatif, 0.37%; 7 warganegara; 1 bukan warganegara).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 726 kes (47.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 645 kes (88.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes (16.5 peratus) dan Johor sebanyak 120 kes (7.8 peratus).

Kes positif 1,529 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 726 kes
92 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
553 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lima (5) kes import dari luar negara; dan
76 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 252 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
164 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 120 kes
45 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Cyber 72 dan Kluster Jalan i-Park Tiga;
34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 89 kes
57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 76 kes
11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 71 kes
26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 71 kes
11 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Loke Yew;
35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 49 kes
29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 28 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: 17 kes daripada kluster sedia ada.

Terengganu: 13 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Bayas;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: Sembilan (9) kes
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: Empat (4) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sebanyak 34 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Persiaran Wawasan (17 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Taiping (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

COVID
COVID
COVID
COVID

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 8 Mac 2021:

Jumlah kluster : 1,203 kluster;

Jumlah kluster baharu : 4 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 736 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu);


Jumlah kluster aktif : 467 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 62 kluster; dan


Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes).

Terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster berkaitan komuniti.

Perincian empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah:

KLUSTER CYBER 72

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306783) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 5, Senai, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN i-PARK TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-311121) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan i-Park 1/3, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN LOKE YEW

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Loke Yew, Cheras. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 16 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BUKIT BAYAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu; Johor Bahru di Johor; dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305877) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Sehingga 8 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan