27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

MATA gesa kerajaan kaji semula larangan merentas negeri

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

Sudah dua bulan industri pelancongan domestik sepi

MOHD KHALID HARUN

CYBERJAYA – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan mengkaji semula larangan merentas negeri bagi membolehkan industri pelancongan domestik kembali bernafas setelah lebih dua bulan sepi.

Presiden MATA, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, pada pandemik Covid-19 ini ahli-ahlinya hanya bergantung kepada pelancongan domestik namun larangan merentas negeri yang dikuatkuasakan sekarang merencatkan sektor tersebut.

“Ahli-ahli kami yang berada di pulau-pulau peranginan seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman dan pulau-pulau peranginan yang lain, hanya bergantung sepenuhnya melalui pelancong domestik terutamanya dari Lembah Klang.

“Buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang pendapatan yang dapat
membantu mereka dalam mendepani kelangsungan hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama Khalid turut menggesa kerajaan memberi peluang kepada hospital atau klinik swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurut beliau, dengan membenarkan pihak swasta melaksanakan vaksinasin, ia dapat mempercepatkan lagi program imunisasi nasional sekali gus dapat melindungi rakyat tanpa menunggu giliran yang lama.

Beliau percaya bagi rakyat Malaysia yang mampu mereka akan memilih hospital swasta untuk program imunisasi mereka dan sekali gus menjimat kos kerajaan dalam pembayaran vaksin Covid-19.

“Bila semua rakyat Malaysia telah di vaksinkan, saya percaya sektor pelancongan akan kembali aktif dengan kedatangan pelancong luar serta rakyat Malaysia boleh melancong ke luar negara.

“Kita mesti ingat sektor pelancongan adalah sektor dua hala iaitu inbound dan outbound,” katanya.

Khalid berkata, program vaksinasin ini dapat membantu mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara terutamanya sektor pelancongan yang hampir tekubur akibat pandemik Covid-19.

Jelas beliau, sektor pelancongan telah menyumbang sebanyak RM89.4 bilion kepada pendapatan negara pada tahun 2019 serta menyumbang 15.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“MATA yakin dengan mempercepatkan program imunisasi negara, industri
penerbangan, agensi pelancongan, hotel, restoran, taman tema, syarikat pertukaran matawang, kedai cenderahati serta sektor bersangkutan dengan pelancongan akan mendapat menafaat dan kembali beroperasi seperti biasa.

“MATA juga yakin semua pemain industri pelancongan akan bersetuju dengan gesaan ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan