30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KJ sedia beri penerangan program vaksin, Anwar pula membisu

Mesti Baca

Dr Mahathir penerima suntikan vaksin paling tua setakat ini

CYBERJAYA – Khairy Jamaluddin kelihatan hampa apabila tawaran beliau untuk memberikan penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada pembangkang tidak mendapat maklum balas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu berkata, beliau telah mengutuskan surat tawaran itu pada 26 Februari lalu kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang namun sehingga kini tiada balasan diterima.

Sebaliknya, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin parti itu sudahpun diberikan taklimat oleh beliau sebelum ini.

“YB please check, I sent Ketua Pembangkang a letter on 26 Feb and received no reply. @guanenglim & other DAP leaders responded and I have briefed them. We need everyone involved. Let’s work together,” tulis Khairy menerusi Twitternya hari ini.

Khairy membalas hantaran twitter yang dibuat oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil yang meminta agar pihak pembangkang turut dilibatkan dalam program vaksinasi.

Advertisements

Only ~10% population so far. This is potentially a setback; Gov, MOH must work together will all including Opposition – right now we are not fully roped in for the fight against Covid-19. We are not the enemy. Covid-19 is,” tulis Fahmi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi individu paling tua yang mengambil suntikan vaksin Covid-19 setakat ini, iaitu dalam usia 96 tahun.

Dr Mahathir Mohamad diberikan suntikan vaksin Covid-19, sekali gus menjadi penerima suntikan vaksin paling tua setakat ini. – Sumber: Twitter Chedet

Justeru, beliau menyeru lebih ramai warga emas mendaftar sebagai penerima vaksin bagi fasa kedua di bawah program imunisasi kebangsaan tersebut.

Dr Mahathir menerima suntikan vaksin pertama di Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi ketika melawat pusat itu.

“Hari ini saya ke Pusat Pemberian Vaksin Covid19 Daerah Langkawi untuk lihat perjalanan proses vaksinasi bagi Fasa 1. Saya memilih untuk disuntik bersama kumpulan kedua frontliners di sini. Kumpulan pertama frontliners di Langkawi sudah divaksin lebih awal,” katanya.

Ahli Parlimen itu berkata, beliau tidak berasa apa-apa yang luar biasa selepas disuntik dan menyeru lebih ramai diberikan vaksin untuk membantu usaha mengekang pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan