27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

5 kluster tempat kerja dikesan seluruh Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Lima daripada lapan kluster baharu COVID-19 yang dikesan di seluruh negara ini melibatkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkata, dua lagi kluster adalah berkaitan pusat tahanan manakala satu kluster berkaitan komuniti.

Perincian lapan kluster terbabit adalah seperti berikut:

KLUSTER KEMUNING ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Bukit Kemuning, Batu 6, Shah Alam, Petaling. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 44 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SUNGAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 108 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI INANAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-299355) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN INDUSTRI TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312623) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Industri 3, Kawasan Perindustrian, Pekan Nenas, Pontian. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan 1/13A, Jalan Klang Lama, Lembah Pantai. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN AWANG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Awang Ramli Amit, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DTI PERSIARAN WAWASAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kangar di Perlis. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-310097) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah DTI yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KIBA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-304043) dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Ulu Durin Kiba, Sibu. Sehingga 7 Mac 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 33 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Mac 2021:

Jumlah kluster : 1,199 kluster;

Jumlah kluster baharu : 8 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 727 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Senai Murni, Kluster Bukit Palah, Kluster Jelita, Kluster Bintang Utama, Kluster Jalan Gangsa Dua, Kluster Industri Peramu Jaya, Kluster Jalan Segama, Kluster Kampung Muhibbah, Kluster Indah Riang, Kluster Jalan Trus, Kluster Taman Koperasi, Kluster Jalan Pudu, Kluster Jalan Banting-Klang, dan Kluster Ampang Campuran);

Jumlah kluster aktif : 472 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (55 kes), Kluster Industri Subang (44 kes), dan Kluster Kemuning Enam (44 kes).

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari);

Kes sembuh : 2,506 kes (291,958 kes kumulatif, 93.1%);

Kes baharu : 1,683 kes (313,460 kes kumulatif);

Kes import : 10 kes (4 warganegara; 6 bukan warganegara)

Kes tempatan : 1,673 kes [1,132 warganegara (67.7%); 541 bukan warganegara (32.3 %)];

Kes aktif : 20,333 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 174 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes; dan

Kes kematian : 3 kes (1,169 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).

kluster tempat kerja

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 746 kes (44.3 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 639 kes (85.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 201 kes (11.9 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 172 kes (10.2 peratus).

Sebanyak 61 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Jalan Awang (42 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (13 kes), Kluster Tembok Taiping (3 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), dan Kluster Tembok Tapah (1 kes).

Perlis melaporkan sebanyak 24 kes baharu di mana 13 kes melibatkan Kluster DTI Persiaran Wawasan dan 11 kes daripada sebuah pusat tahanan. Punca jangkitan masih dalam siasatan. Aktiviti kawalan dan pencegahan bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kluster ini sedang dijalankan.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor dan satu (1) kes di Pahang.

Kesemua kes melibatkan warganegara.

Kes positif 1,683 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 746 kes
222 kes daripada kluster-kluster, termasuk 45 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai dan Kluster Kemuning Enam;
417 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 201 kes
82 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Awang dan Kluster Kiba;
102 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 172 kes
56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
74 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 158 kes
52 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Industri Tiga;
59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 125 kes
40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Satu;
32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
44 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 99 kes
31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Inanam;
39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 48 kes
41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 48 kes
29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: 24 kes
13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Persiaran Wawasan; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 15 kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 12 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 12 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 10 kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Lapan (8) kes
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: Tiga (3) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan