28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tidak perlu pertaruh semuanya untuk ke Putrajaya – MP pembangkang

Mesti Baca


CYBERJAYA – Lima ahli Parlimen pembangkang hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengingatkan supaya mereka tidak perlu mengorbankan semuanya untuk ke Putrajaya.

Ia sebagai respons kepada kenyataan Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan UMNO baru-baru ini kemungkinan untuk bekerjasama tetapi menegaskan terlalu awal untuk diputuskan.

Berikut kenyataan penuh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Darell Leiking (Penampang), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Hannah Yeoh (Segambut) dan Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya);

Kami meneliti perkembangan terkini mengenai Ketua Pembangkang yang mengakui terdapatnya perbincangan awal dengan beberapa pimpinan UMNO.

Kita mesti selalu diingatkan, sebarang kerjasama yang mahu diusahakan mesti bermula dengan perkara yang paling asas iaitu mempunyai agenda perjuangan yang sama dan kesungguhan untuk melakukan reformasi.

Kerjasama yang mahu dibina mesti mempunyai satu cita-cita luhur dan sistem nilai yang sama agar ianya dapat bertahan lebih lama.

Kami percaya bukan sahaja kluster mahkamah, malah kepimpinan UMNO hari ini yang dilihat tidak memiliki cita-cita luhur dan sistem nilai yang sama yang kita perlukan untuk membina semula negara ini.

Advertisements

Kita telah bazirkan begitu banyak masa mempersoalkan mengenai bilangan Ahli Parlimen dan masih diheret dengan isu siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Selepas setahun pengkhianatan Langkah Sheraton yang menyakitkan, kami mahu terus bergerak ke hadapan. Kita tidak pernah kekurangan bakat di kalangan Ahli Parlimen Pembangkang.

Kami mahu pimpinan pembangkang untuk terus fokus menawarkan polisi yang boleh memenangi hati dan keyakinan rakyat Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Mendapatkan semula Putrajaya melalui jalan pembinaan mahligai pasir yang besar dan cantik dipandang tetapi mudah hancur dihempas ombak adalah satu lagi tindakan sia-sia.

Sebagai Ahli Parlimen, kami mahu membina semula negara ini dengan asas yang betul, kerana tanpa asas yang betul ia pasti akan runtuh juga.

Kita harus belajar daripada pembentukan mahligai pasir Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbina dari asas yang rapuh dan hanya mampu bertahan dengan ugutan berterusan serta resolusi parti UMNO yang berubah-ubah.

Jangan sampai kita menjadi seperti mereka. Kita tidak perlu mempertaruhkan kesemuanya untuk ke Putrajaya.

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan