24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

KKMM tubuh yayasan bantu petugas media hilang pekerjaan

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu kalangan petugas media yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, penubuhan yayasan media itu merupakan platform terbaik untuk membantu kalangan media yang terjejas, tetapi bukan bersifat pemberian wang tunai semata-mata.

“Kami sedang meneiti kaedah terbaik bagaimana ingin mencapai matlamat penubuhan Yayasan Media agar bukanlah pemberian sumbangan duit semata-mata tetapi penawaran kursus berkaitan kepakaran dalam bidang masing-masing dapat direalisasikan dengan baik.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (tengah) bergambar bersama wakil persatuan media di Angkasapuri. Foto: MALAYSIA GAZETTE

“Yayasan ini akan diurus oleh anggota dengan wakil Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya di pejabatnya di Angkasapuri di sini hari ini.

Advertisements

Terdahulu Zahidi mengadakan pertemuan dengan bekas-bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad yang hilang pekerjaan sekelip mata selepas syarikat itu mengisytiharkan dirinya muflis.

Lebih mendukacitakan kira-kira 800 kakitangan yang bertugas sehingga saat akhir hayat syarikat itu tidak mendapat satu sen pun pampasan mahupun ganti rugi ekoran penutupan syarikat berusia 80 tahun itu.

Sehingga kini mereka masih menaruh harapan agar syarikat liquidator yang dilantik dapat memberikan pampasan kepada bekas kakitangan terbabit hasil penjualan aset-aset Utusan Melayu sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan