32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Zahidi nafi sertai Pas, PN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin menafikan beliau antara 10 bekas pemimpin UMNO yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu memaklumkan, beliau ada menghantar borang keahlian untuk menyertai parti lain.

Kata Zahidi, parti yang dimohon untuk disertainya bukan PAS atau parti lain yang berada di dalam PN mahupun yang menyokong gabungan tersebut.

“Memang saya ada memohon untuk menyertai sebuah parti tapi bukan PAS mahupun parti di dalam PN.

“Saya sedang menunggu keputusan permohonan untuk menyertai parti itu dan mungkin akan diketahui tidak lama lagi selepas mengadakan pertemuan dengan presiden parti tersebut sebelum ini,” katanya.

Beliau  berkata demikian mengulas khabar angin nama beliau antara dikaitkan dengan lebih 10 nama bekas pemimpin Umno yang bakal menyertai PAS dan PN.

Tambahnya, parti yang dimohon untuk disertainya itu berada di dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Zahidi digugurkan menjadi calon Umno menyaksikan beliau bertanding atas kapasiti calon Bebas di Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi, namun tewas dengan kehilangan deposit. – Edisi 9

Baca juga:   Jangan politikkan, siasatan belum berakhir - Azalina

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan