24.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 4, 2023

Projek Taman Solar Sultan Ibrahim terpaksa ditangguh

Mesti Baca

Kerajaan Persekutuan tidak beri sebarang maklum balas

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kelihatan murka apabila projek taman solar di Pengerang bernilai RM1.4 bilion ditangguhkan berikutan tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan Persekutuan.

Majlis pecah tanah Taman Solar Sultan Ibrahim yang sepatutnya diadakan pada 23 Mac ini terpaksa dibatalkan kerana masalah tersebut.

“Saya nampak tidak ada alasan mengapa Kerajaan Persekutuan tidak boleh berikan peluang kepada negeri Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini.

“Kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik,” titah Sultan Ibrahim seperti dipetik dari Facebook The Royal Johor hari ini.

Sebelum ini, baginda bertitah mengumumkan bahawa Johor akan menjadi pengeluar utama tenaga mesra alam, dengan pembukaan taman tenaga solar di Pengerang tersebut.

Taman Solar Sultan Ibrahim itu akan menjadi yang terbesar seumpamanya di Asia Tenggara dengan kapasiti 450 megawatt (MW).

Baca juga:   Cuti hari minggu: Sultan Johor tidak mahu tergesa-gesa

Sultan Ibrahim bertitah, projek ini merupakan pelaburan swasta berskala besar pertama diperolehi oleh negeri Johor bagi tahun 2021 atas usaha baginda yang sentiasa mengalakkan pelaburan dan pembangunan ekonomi untuk rakyat dan negeri itu.

Titah baginda, projek itu juga seiring dengan Pelan Pembangunan Mapan Johor 2030 yang mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran hidup rakyat.

Baca juga:   Pembinaan gerai terbakar dibiayai YSIJ mula dilaksanakan

Ia akan turut memberi impak kepada pembangunan ekonomi Negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat, kerana ia juga akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

Ketika mengumumkan projek tersebut akhir bulan lalu, Sultan Ibrahim bertitah, projek tersebut akan memberi impak kepada pembangunan ekonomi negeri, dengan penawaran kerja kepada pelbagai peringkat memandangkan projek ini turut akan menjadi sistem penyimpanan tenaga solar terbesar di rantau ini apabila beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.

“Projek ini bukan sahaja berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi, malah berupaya menjadikan Johor antara pengeluar penting tenaga boleh diperbaharu secara mesra alam di peringkat antarabangsa,” titah baginda. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan