24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

1,280 kes, situasi pandemik di Malaysia bertambah baik

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Situasi COVID-19 di Malaysia kelihatan bertambah baik apabila jumlah kes jangkitan positif COVID-19 hari ini berkurangan kepada 1,280 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,278 kes tempatan manakala bakinya dalah kes import.

Menurut beliau, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 464 kes (36.3 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 368 kes (79.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes (12.9 peratus) dan Sarawak sebanyak 163 kes (12.7 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 9 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari):

Kes sembuh: 2,345 kes (296,379 kes kumulatif, 93.7 peratus);

Kes baharu: 1,280 kes (316,269 kes kumulatif);

Kes import: 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,278 kes [919 warganegara (71.9 peratus); 359 bukan warganegara (28.1 peratus)];

Kes aktif: 18,704 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 155 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes; dan

Kes kematian: 9 kes (1,186 kes kumulatif, 0.38 peratus; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak.

Sebanyak lapan kes melibatkan warganegara dan satu kes melibatkan bukan warganegara.

di Malaysia
COVID-19

Kes positif 1,280 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 464 kes
130 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Kilang;
238 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 165 kes
80 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Jalan Setia Jaya, dan Kluster Jalan Industri A1;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 163 kes
40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 143 kes
78 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Bayan Lepas;
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 119 kes
55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant dan Kluster Tapak Bina Jalan Salak;
33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 64 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 45 kes
24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 36 kes
28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Advertisements

Perak: 34 kes
12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 25 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Amanjaya;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 16 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lembing; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

kluster

Sebanyak lima kes (0.4 peratus) yang dilaporkan di Malaysia pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (2 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster Jalan Awang (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 9 Mac 2021:

Jumlah kluster: 1,212 kluster;

Jumlah kluster baharu: 9 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 755 kluster (termasuk 19 kluster yang tamat pada hari ini iaituKluster Persiaran Teknologi, Kluster Lestari, Kluster Jalan Masjid, Kluster Senai City Lapan, Kluster Jalan Mohammed Salleh, Kluster Tersat, Kluster Parit Jamil Darat, Kluster Lorong Mawar, Kluster Jalan Tan, Kluster Besi Cyber, Kluster Jalan Parit Mesjid, Kluster Lengkok Emas, Kluster Jalan Chester, Kluster Lingkaran Cyber, Kluster Parit Penyengat, Kluster Persiaran Raya, Kluster Tapak Bina Jalan Klang, Kluster Jalan Platinum, dan Kluster Jalan Kerinchi);

Jumlah kluster aktif: 457 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 63 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan 10 (36 kes), Kluster Jalan U-Thant (35 kes), dan Kluster Jalan Nusa Mega (33 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER LORONG KILANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Kilang, Petaling Jaya. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 419 individu telah disaring, di mana 41 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN NUSA MEGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-306813) dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Mega 1, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SETIA JAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-314352) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis keraian yang berlangsung di Jalan Setia Jaya Utama, Batu Pahat. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN INDUSTRI A1
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tangkak di Johor. Empat (4) kes awal bagi kluster ini (iaitu kes ke-309294, kes ke-309295, kes ke-309296 dan kes ke-309297) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak berdekatan dengan Jalan Industri A1, Muar. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MEDAN BAYAN LEPAS
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Medan Bayan Lepas, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 428 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN U-THANT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan U-Thant, Titiwangsa. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 158 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN SALAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Salak Selatan, Lembah Pantai. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER AMANJAYA
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Muda, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-295830) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Bandar Aman Jaya, Sungai Petani. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI LEMBING
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-305866) dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Lembing, Kuantan. Sehingga 9 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan