36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Karier Löw bersama Jerman tamat selepas Euro 2020

Mesti Baca

JOACHIM Löw tidak akan lagi bergelar pengurus skuad kebangsaan Jerman selepas kejohanan Euro 2020 berakhir musim panas ini.

Memetik laporan The Guardian, perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Jerman hari ini.

Sepanjang 15 tahun mengendalikan pasukan negaranya, Löw berjaya membawa Jerman mengungguli Piala Dunia 2014.

“Saya mengambil langkah ini dengan penuh kesedaran, sangat berbangga dan amat berterima kasih namun pada masa yang sama mempunyai motivasi yang tinggi untuk berdepan Kejohanan Eropah.

“Bangga kerana ia sesuatu yang istimewa dan satu penghormatan bagi saya untuk terlibat dengan pasukan bola sepak negara saya dan juga dapat bekerja dengan pemain-pemain bola sepak kebangsaan terbaik selama hampir 17 tahun dan membantu pembangunan mereka.

“Saya pernah mencapai kemenangan besar bersama mereka dan kekalahan yang menyakitkan, namun semuanya merupakan detik-detik yang menakjubkan, bukan sekadar menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada DFB yang telah menyediakan persekitaran yang ideal kepada saya dan pasukan,” katanya melalui laman sesawang Persatuan Bola Sepak Jerman.

Jerman yang berada dalam Kumpulan F pada Euro 2020 akan berdepan Perancis, Portugal dan Hungary.

Semua perlawanan akan berlangsung di Allianz Arena, Munich.

Löw, 61, meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa Jerman menjuarai kejohanan tersebut.

“Saya masih dapat merasakan kesungguhan, tenaga dan harapan yang tinggi untuk Kejohanan Eropah nanti.

“Saya akan melakukan yang terbaik untuk menggembirakan para penyokong dan memenangani kejohanan ini.

“Saya juga tahu harapan ini turut dikongsi oleh keseluruhan pasukan,” katanya lagi.

Di bawah bimbingan Löw juga, Jerman gagal melepasi pusingan pertama Piala Dunia 2018.

Beliau mula melibatkan diri dengan skuad kebangsaan Jerman pada 2006 dengan berkhidmat sebagai pembantu legenda bola sepak dunia, Jürgen Klinsmann.

Siapakah pula yang bakal menjadi pengurus baharu Jerman?

Mirror menyenaraikan lima nama yang mungkin menggantikan tempat Löw termasuk bos Liverpool, Jurgen Klopp.

Banyak pihak yang berpandangan Klopp merupakan calon yang ideal di sebalik prestasi buruk Liverpool kebelakangan ini.

Calon-calon lain ialah bos Bayern Munich, Hansi Flick; pengurus pasukan bawah 21 Jerman, Stefan Kuntz; bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan bekas pengurus RB Leipzig, Ralf Rangnick.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan