25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Malaysia akan mendapat tambahan 10,000 kuota haji apabila pandemik Covid-19 berakhir sepenuhnya.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, Riyahd, Arab Saudi.

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan. Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.
Jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah.

“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

Advertisements

Pertemuan 90 minit di antara Perdana Menteri dan Putera Mohammed yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang amat ketat.

Pada pertemuan itu, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah.

Inisiatif tersebut akan memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.

MOU ditandatangani Hishammuddin bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud. Ia disaksikan oleh Muhyiddin dan Putera Mohammed.

Kuota haji jemaah Malaysia tahun 2019, ketika kerajaan Pakatan Harapan kekal 30,200 orang manakala tahun lalu jemaah dari luar Arab Saudi, termasuk Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji berikutan Covid-19.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan