33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

Boleh anjur acara langsung, jumlah penonton terhad

Must Read

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Penggiat industri kreatif dibenarkan untuk menganjurkan acara langsung mulai 10 Mac dengan had jumlah penonton yang telah ditetapkan bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kawasan PKPB, kehadiran penonton maksimum adalah 50 peratus ruang acara dengan mematuhi aspek penjarakan fizikal.

Menurut beliau, bagi kawasan PKPP pula, kehadiran adalah mengikut keluasan premis dan tertakluk kepada penjarakan fizikal.

“Acara langsung merangkumi program-program rasmi kerajaan, program televisyen, seni muzik, seni tari, seni teater, seni muzikal, komedi, persembahan kebudayaan dan warisan serta penstriman langsung.

“Terhad di lokasi yang dikhaskan dan di ruang acara yang berlesen sahaja seperti pusat konvensyen, galeri pameran, pusat dagangan, premis seni dan lain-lain premis MICE yang berlesen,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Baca juga:   Guna budi bicara lepaskan orang miskin dari kompaun

Syarat-syarat lain yang ditetapkan MKN adalah seperti berikut:

• Prapendaftaran atau penjualan tiket secara dalam talian sahaja.

• Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter antara setiap tempat duduk penonton.

• Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 meter antara artis/ pemuzik/ penari di atas pentas.

• Pembelian makanan dan minuman secara prapesan dan berbungkus.

• Menyediakan pasukan pemantau atau penyelia pematuhan prosedur operasi standard (SOP) untuk memantau pelaksanaan penjarakan fizikal dan pematuhan ke atas SOP sepanjang masa.

Baca juga:   Belanjawan 2021: Industri kreatif mahu geran kerajaan diteruskan

• Penganjur wajib menayangkan pesanan khidmat masyarakat daripada kerajaan berkaitan COVID-19 sebelum, semasa dan selepas setiap acara/ program.

Ismail Sabri menambah, mesyuarat turut bersetuju untuk membenarkan penggambaran di luar studio di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada SOP dengan mematuhi SOP Pembangunan Kandungan Kreatif dan perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh FINAS.

Beliau memberitahu, selain itu, turut dibenarkan persembahan di lounge hotel dengan mematuhi semua SOP acara langsung iaitu dengan kapasiti kehadiran pengunjung 50 peratus ruang premis bagi kawasan PKPB.

“Manakala kehadiran penonton mengikut keluasan premis dan mengamalkan penjarakan fizikal bagi kawasan PKPP,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai SOP boleh dirujuk dalam laman sesawang Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta MKN.

Ismail berkata, Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dimaklumkan tentang kesan PKP kepada pekerjaan industri kreatif sangat besar.

Baca juga:   Belanjawan 2021: Industri kreatif mahu geran kerajaan diteruskan

“Di mana 30,000 pekerja industri perfileman, 10,000 industri muzik dan secara purata sebanyak 45 acara langsung berskala besar telah terjejas dengan keseluruhan pekerjaan melibatkan lebih 300,000 orang,” ujarnya. – EDISI 9

Latest News

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

MIRI - Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada...

More Articles Like This