30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kalimah Allah: Muafakat Nasional gesa kerajaan kemuka rayuan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) menggesa kerajaan Persekutuan membawa kes kebenaran bukan Islam menggunakan kalimah Allah ke penghakiman Mahkamah Rayuan.

MN dalam mesyuarat bulanan malam tadi berkata, mereka memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah-kalimah Islam oleh orang bukan Islam dalam penerbitan masing-masing.

“Mesyuarat hari ini juga menggesa pihak kerajaan Persekutuan untuk mengambil inisiatif menyegerakan pelaksanaan pengharmonian sistem perundangan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” kata MN dalam kenyataan.

Semalam, media melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.

Selain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun ia perlu disertakan dengan penafian, ‘hanya untuk orang Kristian’ dan lambang salib di hadapan kulit buku.

Advertisements

Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.

Ketika membaca penghakimannya, Nor Bee berkata, mahkamah membenarkan deklarasi dalam mengamal kebebasan beragama yang terlindung dalam Perkara 3, 8, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, suatu deklarasi berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan bahawa pemohon dijamin hak kesamarataan antara warganegara antara lain atas alasan keagamaan dalam pentadbiran undang-undang.

“Selain itu, deklarasi bahawa arahan kerajaan pada 5 Disember 1986 adalah salah di sisi undang-undang dan tidak berperlembagaan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, dalam kenyataan empat perenggan tersebut, mesyuarat juga bersetuju untuk memperkukuhkan MN, iaitu kerjasama antara UMNO dan Pas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan