26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

PR1MA jelaskan lantikan Shahidan sejak Oktober 2020

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengerusinya berkuat kuasa pada 23 Oktober tahun lalu.

PR1MA dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Ahli Parlimen Arau itu dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin hanya mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat perbadanan tersebut di Petaling Jaya pada Selasa.

Pada majlis tersebut, Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia berkuat kuasa 9 Mac.

Pelantikan Shahidan itu mencetuskan kontroversi kerana beberapa hari sebelum itu beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis menyatakan sokongan kerjasama dengan Bersatu.

Keputusan UMNO Perlis itu bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi parti yang bermesyuarat di Janda Baik pada 19 Februari lalu yang menolak kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan