25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

22 projek PR1MA dalam pembinaan – KPKT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan memaklumkan bahawa sebanyak 22 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini dalam proses pembinaan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 daripadanya adalah projek sakit.

Beliau berkata, sehingga semalam, terdapat 54 projek PR1MA telah siap sepenuhnya sementara 10 projek lagi masih dalam perancangan.

“Daripada 54 projek yang telah siap dibina, dua daripadanya telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), namun masih dalam proses pemeriksaan pembaikan kecacatan sebelum unit tersebut diserahkan kepada pembeli.

“Empat projek lagi dalam proses penyerahan kunci yang dibuat secara berperingkat bermula semalam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Advertisements

Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai bilangan projek perumahan PR1MA yang masih belum berjaya diserahkan kepada pembeli dan bilangan setiap negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan pecahan, Sabah merekodkan projek tertinggi dengan lima, diikuti Melaka (tiga), dua projek di negeri seperti Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, hanya terdapat satu projek perumahan PR1MA sedang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan.

“Memang kita sedang memastikan setiap projek PR1MA yang sakit akan diselesaikan menjelang hujung tahun 2024,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan