25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

2 bekas ADUN DAP Perak lompat masuk PPBM pula

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ramai yang terkejut apabila dua bekas wakil rakyat DAP di Perak tiba-tiba masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Seperti yang dilaporkan Malaysiakini hari ini, mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam.

Kedua-duanya keluar dari DAP pada Mac tahun lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Pusat dan Perak tumbang.

Mereka kemudian menjadi ADUN Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Kini mereka maju lebih jauh dengan menjadi ahli-ahli bersekutu PPBM yang merupakan parti tunjang PN.

Penyertaan Paul Yong dan Subramaniam disahkan oleh Setiausaha PPBM Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada Malaysiakini.

Difahamkan, PPBM meluluskan permohonan Paul Yong untuk menjadi ahli PPBM Bahagian Batu Gajah manakala Sivasubramaniam di Bahagian Ipoh Barat pada Disember lalu.

Keputusan PPBM menerima ahli politik bukan bumiputera seperti Paul Yong dan Sivasubramaniam bukan sesuatu yang mengejutkan kerana memang pernah berlaku sebelum ini.

Contohnya, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Yang menjadi kejutan adalah kes mahkamah yang dihadapi oleh Paul Yong.

Beliau masih berdepan tuduhan merogol pembantu rumahnya yang juga seorang warga Indonesia.

Pada 23 Ogos 2019, Paul Yong, 50, mengaku tidak bersalah merogol wanita berusia 23 tahun itu di bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara pukul 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai tahun yang sama.

Kemasukan Paul Yong ke dalam PPBM dikhuatiri boleh menyebabkan reputasi PPBM pula yang terpalit sekiranya keputusan mahkamah nanti tidak memihak kepada bekas wakil rakyat DAP itu.

Pada masa yang sama, Sivasubramaniam telah menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang juga salah sebuah parti komponen PN.

Keputusan PPBM meluluskan keahlian ADUN Buntong itu telah menyebabkan Gerakan kehilangan wakil rakyat tunggalnya di Perak.

Malah, lebih tepat lagi, Gerakan kini langsung tidak mempunyai walau seorang pun wakil rakyat di seluruh negara.

Tidak pasti apa reaksi Gerakan terhadap perkembangan terbaharu ini.

Cuma, macam ada sedikit persamaan dengan kisah tiga ADUN dari Parti Amanah Amanah (PAN) melompat masuk PKR baru-baru ini. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan