25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Ada pihak kalut seruan UMNO ‘all out’ guna media sosial

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua ahli UMNO mengabaikan serangan psikologi berbalik tentera siber yang dilancarkan pihak-pihak tertentu sebaliknya memberi fokus terhadap agenda perjuangan parti.

Presiden UMNO berkata, kemarahan tentera siber terhadap seruan beliau agar ahli dan penyokong UMNO menggunakan sepenuhnya media sosial membuktikan bahawa mereka mula kalut.

Beliau berkata, tiada istilah terlambat dalam soal penggunaan media sosial untuk memperkukuh agenda perjuangan parti dan akan menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai sempadan.

Berikut kenyataan penuh Ahmad Zahid yang dimuatkan menerusi akaun Telegram beliau hari ini:

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat tengah hari kepada seluruh sahabat handai alam maya saya. Semoga kita sentiasa dalam limpahan Rahmat Allah SWT dan Syafaat Rasulullah SAW sentiasa hendaknya.

Beberapa hari lalu saya seru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN all out gunakan media sosial.

Tentera siber marah. Serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya.

Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahualam…

Tetapi apa maksudnya di sini tuan-puan para jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN sekalian?

Ini bermaksud mereka kalut dengan seruan itu. Mereka resah semboyan bersahut.

‘Kluster Fitnah’ bimbang rakyat tahu akan kebenaran – akan tahu pernah diperdayakan bos mereka.

‘Kluster Kuasa’ khuatir bos hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN jua yang terbaik untuk mereka.

‘Kluster Cari Makan’ takut UMNO/BN bangkit kuat bos hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh.

Kepada yang memberi nasihat dan cadangan kita ucapkan ribuan terima kasih.

Justeru saya pinta tuan-puan jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti.

Iltizam kita untuk memperkasakan semula parti dengan hati penuh tulus ikhlas demi rakyat dan negara.

InsyaAllah platform media sosial akan dapat membantu usaha murni tuan-puan semua.

Abaikan ‘reverse psychology’ tentera siber. Kita belum terlambat dalam penggunaan media sosial seperti yang mereka dakwa.

It is never too late. PRU-14 kita jadikan sempadan. PRU-15 objektif destinasi kejayaan kita bersama.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan