28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

New Zealand pun panas gara-gara isu Santhara

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Portal berita New Zealand, Stuff, mempersoalkan bagaimana Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dapat memasuki negara itu walaupun dalam situasi kawalan pergerakan yang sangat ketat.

Difahamkan, hanya warganegara, penduduk tetap dan individu yang menerima kebenaran khas sahaja yang dibenarkan memasuki New Zealand.

Kerajaan New Zealand menguatkuasakan peraturan tersebut sebagai langkah mengawal penularan pandemik COVID-19.

Namun, tidak banyak maklumat tentang perjalanan Santhara diketahui dan pada masa yang sama, agensi-agensi kerajaan di sana enggan memberi butiran lanjut tentang beliau.

Seorang jurucakap bagi Kementerian Perniagaan, Inovasi dan Pekerjaan New Zealand menyatakan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat tentang individu-individu yang dikuarantin atas dasar menjaga privasi.

Kementerian tersebut bertanggungjawab terhadap pengurusan fasiliti-fasiliti kuarantin di New Zealand.

Jabatan Imigresen New Zealand juga memberi maklum balas yang sama manakala Pejabat Perdana Menteri New Zealand enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Stuff.

Menurut Stuff, pada 30 Oktober lalu, Air New Zealand telah diarahkan oleh kerajaan untuk membekukan semua tempahan antarabangsa ke negara itu.

Pada hari yang sama, Santhara menjelaskan bahawa beliau telah memulakan permohonan perjalanan ke New Zealand dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Stuff turut menyatakan telah cuba mendapatkan komen Santhara.

Sehubungan itu, jurucakap Pasukan Bertindak COVID-19 Parti Nasional New Zealand, Chris Bishop menggesa kerajaan mengesahkan bahawa tiada layanan istimewa diberikan kepada Santhara.

Advertisements

Menurut beliau, kerajaan New Zealand sebelum ini berterus-terang berhubung kepulangan salah seorang Ahli Parlimennya, Ricardon Menendez March ke negara itu.

Justeru, Bishop berharap kerajaan New Zealand tidak mengamalkan dwistandard dalam isu yang melibatkan Santhara.

Pada 1 Mac lalu, Santhara yang juga Ahli Parlimen Segamat menyatakan, beliau telah memohon cuti selama 55 hari bekerja melalui Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatkan kelulusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui surat rujukan KWP.TM.100-4/3/4 Jilid 6 (8) pada 3 Disember lalu.

Menurut beliau, susulan itu, permohonan tersebut telah disokong oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 10 Disember dan diluluskan oleh Perdana Menteri pada 18 Disember lalu.

“Selain itu, saya juga telah mematuhi prosedur Jabatan Imigresen supaya memohon kebenaran untuk keluar negara (MyTravelPass) secara dalam talian.

“Permohonan MyTravelPass saya telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen pada 30 Oktober 2020 dan menerima kelulusan tersebut pada 2 November 2020,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Santhara memberitahu, setelah memastikan setiap prosedur dipatuhi dan semua kelulusan diperolehi, pada 23 Disember 2020, selepas menghadiri mesyuarat, beliau telah ke luar negara dan menjalani kuarantin di New Zealand bermula 24 Disember 2020 hingga 9 Januari 2021.

Beliau menambah, tujuan ke luar negara adalah bagi melawat anak-anaknya di New Zealand, khususnya anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.

“Selain itu, sebagai bapa yang bertanggungjawab, saya perlu untuk bertemu dengan dengan anak yang berusia 9 tahun bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang cuti rehat tersebut setelah hampir setahun tidak berjumpa.

“Di samping itu, saya juga perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan.

“Sebagai tambahan, upacara anak saya yang berumur 9 tahun untuk menerima holy communion juga tidak dapat saya hadiri kerana sentiasa sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan