24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Ketua pegawai media BN digantung tugas serta-merta

Mesti Baca

CYBERJAYA – Gara-gara mengeluarkan kenyataan media yang mengelirukan, ketua pegawai media Barisan Nasional (BN) digantung tugas selama sebulan berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Safri Ab Aziz berkata, penggantungan tugas itu bagi membolehkan proses siasatan dalaman berhubung kenyataan media Pengerusi BN yang dikeluarkan semalam.

Menurut beliau, berikutan kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN, telah berlaku kekeliruan berhubung kenyataan Ahmad Zahid sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan pemimpin parti komponen.

“Merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi BN yang bertarikh 4 Mac 2021, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan adalah atas kekhilafan seorang pegawai di Sekretariat BN.

“Sehubungan itu saya telah mewujudkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media Pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan pihak Sekretariat Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu, yang kurang tepat sebagaimana yang telah diperbincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi BN itu dalam kenyataan media antara lain menjelaskan BN mengesyorkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghormati titah Yang di-Pertuan Agong agar sidang Parlimen dilaksanakan dalam kadar segera.

Jelasnya, Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.

Advertisements

Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengeluarkan kenyataan bernada serupa, sehingga menimbulkan persoalan tentang kemungkinan kedua-dua gabungan itu sedang berpakat.

Bagaimanapun Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, mesyuarat BN pada Rabu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian berhubung titah Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai sidang Parlimen.

“Saya terkejut dengan kenyataan pengerusi BN. Mesyuarat BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan untuk merayu Agong agar menitahkan Parlimen diadakan dengan segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut menafikan BN berbincang mengenai rayuan kepada Agong agar sidang Dewan Rakyat diadakan segera.

“Saya sahkan apa dikatakan oleh Viki (Vigneswaran) adalah betul,” kata Ka Siong.

Mohamad Shafri berkata, keputusan menggantung tugas ketua pegawai media BN itu dibuat setelah mendengar pandangan Jawatankuasa Siasatan Dalaman dan tindakan itu bagi membolehkan siasatan dalam lebih terperinci dapat dilaksanakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan