25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

‘Abang besar’: Zuraida minta DAP cermin Diri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamarudin berkata, tempoh pendek pentadbiran Pakatan Harapan (PH) telah menampakkan belang sebenar DAP sendiri yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia.

Sehubungan itu beliau meminta mencerminkan diri mereka apabila Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menasihatkan UMNO supaya menerima hakikat tiada lagi parti dominan, induk, teras atau ‘abang besar’.

Berikut kenyataan penuh Zuraida yang disiarkan dalam Facebook beliau:

Pengerusi DAP Johor, YB Liew Chin Tong mengajar UMNO agar tidak menjadi “abang besar” dalam koalisi sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang, begitu menurut siaran di laman sosial facebook miliknya.

Ahli Dewan Negara itu turut berkata bahawa tiada parti yang wajar menjadi dominan dan politik Malaysia akan lebih stabil sekiranya semua parti “co-exist” samaada dalam pembangkang atau kerajaan.

Saya berpandangan bahawa DAP perlu mencerminkan diri mereka.

Baca juga:   Cukuplah Tun, kalaupun 'sayang' DAP, janganlah fitnah Muhyiddin

Pengalaman bersama mereka dalam mentadbir kerajaan PH selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar DAP sendiri yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia.

Bermula dari pemilihan kerusi pilihanraya yang bersifat mengikut kaum, DAP kuat menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina.

Ini terbukti antaranya dengan keputusan menyalurkan peruntukan dana khas kepada sebuah kolej persendirian ,terus daripada Kementerian Kewangan pada waktu itu dan tidak melalui Kementerian Pendidikan.

Baca juga:   Bertuahnya DAP ada Mahathir

DAP dengan cara ini cuba mengukuh cengkaman terhadap komuniti Cina. Setiap percakapan dan perbuatan mereka dinisbahkan dan disandarkan kepada kaum Cina sedangkan mereka bukanlah satu-satunya pihak yang mewakili kaum tersebut.

Maka, adakah DAP tidak bertindak sebagai “abang besar” kepada komuniti Cina dalam negara ini? Tindakan dan kenyataan mereka jelas membuktikan bahawa mereka sememangnya mahu masyarakat Cina di Malaysia berada di bawah telunjuk DAP. Ini adalah perkara yang tidak sihat untuk Malaysia.

Malaysia yang makmur adalah negara yang dikelola oleh pemimpin bersifat prihatin kepada seluruh warga tanpa batasan dan pengasingan kaum.

Tiada lagi “abang besar” yang berhak mendakwa mereka mutlak mewakili kaum tertentu. Wajah baru politik Malaysia wajar memperlihatkan keharmonian sebenar, bukan retorika didalam penulisan atau ucapan. Semua pemimpin adalah pemimpin untuk semua bangsa. – Edisi 9

Baca juga:   Tindakan DAP letak calon Melayu sekadar boneka

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan