33.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

VVIP bukan wakil rakyat tidak boleh terima vaksin fasa 1 – Khairy

Mesti Baca

CYBERJAYA – Orang kenamaan (VVIP) bukan bergelar wakil rakyat tidak dibenar menerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu berkata, ini kerana fasa pertama program tersebut adalah untuk keperluan petugas barisan hadapan.

Malah kata beliau, walaupun tersenarai dalam kumpulan pertama vaksinasi itu, wakil-wakil rakyat disaran mengambil vaksin secara berperingkat-peringkat.

“Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.

“Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot (serentak). Tidak bagus,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Khairy mengulas dakwaan seorang VVIP dari Kelantan yang memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.

Malah VVIP terbabit turut membawa bersama 200 kakitangan beliau untuk mendapatkan vaksin di sebuah hospital di Kelantan.

Baca juga:   KKM nasihat warga emas, komorbiditi elak lokasi sesak

Sebelum ini timbul isu melibatkan beberapa pemimpin politik peringkat negeri sama ada bergelar wakil rakyat ataupun tidak telah menerima vaksin Covid-19 sehingga rasa tidak senang dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau memandang serius isu memotong giliran senarai penerima vaksin.

Baca juga:   KKM nasihat warga emas, komorbiditi elak lokasi sesak

Beliau juga telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar isu itu ditangani dan tidak berulang lagi.

“Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara anonymous (tanpa nama) terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat.

“Pasukan saya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin. Kami memandang serius semua pendedahan,” katanya.

Beliau bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong yang berada dalam jawatankuasa khas akan menyiasat laporan atau aduan yang dikemukakan. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   PRU15 : Pertandingan tujuh penjuru di Parlimen Sungai Buloh

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan