28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PIPM belanja pisang dan cempedak goreng percuma

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Persaudaraan Malaysia (PIPM) mengedarkan lebih 50 kilogram pisang dan cempedak goreng secara percuma kepada penduduk di Taman Desa Baiduri, Cheras di sini.

Inisiatif itu bertujuan memupuk semangat silaturahim dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Pengerusinya, Muhammad Noor Rosli berkata, agihan pisang dan cempedak yang digoreng bersama beberapa ahli pertubuhan itu dilaksanakan secara bawa pulang bermula pukul 3 petang sehingga habis mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan kerajaan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

“Seperti yang semua sedia ketahui, ramai rakyat yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“PIPM berharap inisiatif ini dapat menggalakkan lagi semangat saling membantu dalam kalangan masyarakat terutama dalam komuniti sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang berlaku dalam komuniti itu.

Advertisements

“Ini adalah program pertama PIPM pada tahun ini dan kami merancang untuk teruskan program ini setiap minggu.

“Kawasan yang kami kunjungi juga bukanlah kawasan orang berniaga bagi mengelakkan berlakunya saringan dalam kalangan peniaga,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Baiduri di sini petang tadi.

Inisiatif yang dilakukan oleh PIPM itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.

Sememangnya aktiviti ekonomi menerima kesan negatif dan menyebabkan pendapatan rakyat termasuk penduduk Taman Desa Baiduri berkurangan.

Sumbangan pisang goreng dan cempedak goreng oleh PIPM itu sekurang-kurangnya mampu memberi keceriaan dalam kehidupan mereka. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan