25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 20, 2021

PKPD Asrama Pekerja Imperial Garments mula 1 Mac

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Asrama Pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak mulai esok hingga 14 Mac.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan sebanyak 524 ujian saringan di lokaliti Asrama Pekerja Imperial Garments.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 213 orang dilaporkan positif COVID-19.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, PKPD di Penjara Tapah dan Kuarters Kakitangan di Batang Padang, Perak yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan sehingga 15 Mac.

Beliau memberitahu, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan sebanyak 875 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 178 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan masih terdapat sejumlah 505 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan penularan jangkitan masih berlaku dalam kalangan tahanan di penjara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II di Gerik, Perak akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Baca juga:   Ismail Sabri ajak pembangkang bekerjasama

Ismail Sabri menambah, sepanjang tempoh PKPD, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 582 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 16 kes telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan tiada kes aktif di lokaliti ini, keadaan adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan,” ujarnya.

Baca juga:   49 suspek direman langgar SOP solat sunat Aidiladha

Berhubung tindakan penguatkuasaan, beliau berkata, seramai 509 individu ditahan polis semalam atas kesalaha ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu, seramai 472 orang dikompaun manakala 37 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah aktiviti pusat hiburan (114), tidak memakai pelitup muka (94), gagal menyediakan peralatan merekod diri atau pelanggan (92), tiada penjarakan fizikal (91), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (58), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (44), aktiviti perjudian (2), ingkar arahan kuarantin (1) dan lain-lain (13),” katanya.

Ismail Sabri menambah, pasukan keselamatan telah menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta tiga kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

Menurut beliau, pihak berkuasa turut mengesan 117 bot atau kapal serta dua kenderaan darat melalui tujuh operasi penglihatan.

“Selain itu, seramai 13 PATI turut diusir menerusi tujuh operasi pengusiran,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

PN juga belum putuskan kerjasama dengan UMNO, BN

PERIKATAN Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung bentuk kerjasama dengan rakan politik lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Lagi Artikel Berkaitan