26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kapal persiaran Epic Princess hampir karam dekat Langkawi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

LANGKAWI – Empat kru kapal persiaran Epic Princess berdepan detik cemas apabila kapal yang dinaiki hampir karam selepas terlanggar objek pada kedudukan 0.3 batu nautika selatan Pulau Lalang, Langkawi, Kedah, 10.30 malam tadi.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan dan kapal maritim KM Tenggol diatur gerak bagi menyelamat mangsa kapal persiaran terbabit.

Menurut beliau, maklumat mengenai kejadian berkenaan juga turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

“Dalam kejadian malam semalam kapal terbabit, dipercayai telah terlanggar objek lalu kandas yang menyebabkan kapal tersebut hampir karam di kawasan Pulau Lalang.

“Mangsa Nor Azman Saparin yang merupakan kepten kapal berusia 42 tahun bersama kru kapal yang lain berumur lingkungan 29 hingga 54 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Zawawi menambah, kapal persiaran Epic Princess yang hampir karam itu telah ditunda ke Boustead Shipyard untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan lebih kurang 0.2 batu nautika dari Pulau Carey, Selangor kira-kira jam 2.35 pagi, kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, bot tunda itu ditahan ketika pihaknya sedang melakukan OP Ehsan di perairan berkenaan.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan ke atas bot, terdapat lima kru warga Indonesia bekerja di atas bot terbabit dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Namun, tekong gagal mengemukan Certificate Of Competency dan GPS bot itu juga tidak berfungsi dengan baik,” katanya dalam kenyataan media.

Tambah Rosli, bot tunda itu berdaftar di Ulaanbaatar, Mongolia, manakala lima kru warga Indonesia berumur lingkungan 29 hingga 42 tahun dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

Bot tunda yang ditahan di perairan Pulay Carey, Selangor. Gambar:

Dalam kejadian berasingan, sebuah kapal pengangkut pasir yang berdaftar di Malakal, ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika timur Pulau Indah kira-kira jam 3.40 pagi.

Mengikut dokumen, seramai tujuh kru bekerja di atas kapal tersebut, namun semasa pemeriksaan hanya lima kru sahaja yang ada ketika itu dan ia adalah satu kesalahan kerana tidak memenuhi Safe Manning.

Kesemua kru dan nakhoda adalah warga China dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, berumur dalam lingkungan 31 hingga 47 tahun.

Lima lelaki kru bot tunda dan seorang Master Kapal Pasir ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan