33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pecah rekod lagi, jangkitan positif lebih 300,000 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia mencatatkan rekod baharu hari ini apabila jumlah keseluruhan melepasi angka 300,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,437 kes baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 300,752 kes.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media, hari ini.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 3,251 kes (273,417 kes kumulatif, 90.9%);

Kes baharu : 2,437 kes (300,752 kes kumulatif);

Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);

Kes tempatan : 2,435 kes [1,226 warganegara (50.3%); 1,209 bukan warganegara (49.7%)];

Kes aktif : 26,205 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 202 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan : 93 kes; dan

Kes kematian : 9 kes (1,130 kes kumulatif, 0.38%; 8 warganegara; 1 bukan warganegara).

positif

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 914 kes (37.5 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 823 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Perak sebanyak 337 kes (13.8 peratus).

Kes positif 2,437 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 28 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 914 kes
430 kes daripada kluster-kluster, termasuk 307 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja, dan Kluster Jalan Selisik;
393 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 340 kes
192 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, dan Kluster Jalan Desa Tropika;
69 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 337 kes
227 kes daripada kluster-kluster, termasuk 180 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bukit Kiara;
59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 287 kes
279 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 171 kes
44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
56 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 134 kes
71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 105 kes
31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sungai Baong;
20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 65 kes
39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 33 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 13 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 12 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 11 kes
Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 10 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Tiga (3) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Labuan: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sebanyak 85 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (77 kes), Kluster Tembok Taiping (3 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (2 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes di Selangor, dua (2) di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka, Kelantan, Perak dan Johor.

Sebanyak lapan (8) kes melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara.

COVID-19

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Februari 2021:

Jumlah kluster : 1,138 kluster;

Jumlah kluster baharu : 9 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat : 647 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong);

Jumlah kluster aktif : 491 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180 kes), dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kesemua kluster ini berkaitan tempat kerja.

Perincian sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN TIMAH TIGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-281756) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Timah 3, Pasir Gudang Industrial Estate, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TANJUNG EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tanjung A/4, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DESA TROPIKA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Desa Tropika 1/1, Taman Perindustrian Tropika, Johor Bahru. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BATU EMPAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-284793) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERUSAHAAN JALAN BUKIT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perusahaan Bukit Angkat, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 699 individu telah disaring, di mana 262 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI WAJA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja 16, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 248 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SELISIK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Selisik, Shah Alam. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA BUKIT KIARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Bukit Kiara 1, Kepong. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 181 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SUNGAI BAONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Sungai Baong, Furniture Industrial Estate, Seberang Perai Selatan. Sehingga 28 Februari 2021, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan