27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Imunisasi Covid-19: Jangan ada yang ‘potong giliran’

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Program Imunisasi Covid-19 sudah bermula sejak Rabu lalu apabila suntikan pertama vaksin Pfizer-BioNtech diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia sebagai tanda bermulanya vaksinasi fasa pertama dengan pemberian suntikan kepada rakyat negara ini dengan keutamaan kepada petugas barisan hadapan serta golongan berisiko tinggi.

Mengikut perancangan, penerima bagi fasa pertama adalah petugas barisan hadapan iaitu anggota Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun timbul kebimbangan apabila ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan memotong giliran untuk mendapatkan suntikan lebih awal, walaupun mereka bukan kalangan petugas hadapan.

Malah berdasarkan laporan media, paling ditonjolkan ialah mereka yang memakai tali leher dan berbaju kot menerima suntikan lebih awal, namun mereka yang memakai peratan perlindungan diri (PPE) tidak pula kelihatan.

Walaupun isu ‘potong giliran’ ini dinafikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, namun perkara ini sepatutnya turut diberikan perhatian.

Kita tahu jumlah vaksin yang diterima pada fasal pertama ini terhad dengan keutamaan kepada petugas hadapan, sepatutnya hanya benar-benar petugas hadapan yang diberikan suntikan terlebih dahulu.

Bukannya mereka yang bertugas di dalam pejabat, tidak melihat atau merawat pesakit pula yang sibuk untuk disuntik walhal mereka tidak mempunyai kontak langsung dengan pesakit.

Baca juga:   Wanita belasah kucing sampai mati, lauk buat suami tercinta

Itulah yang dibimbangkan oleh Dr Rafidah Abdullah, seorang pakar perubatan Hospital Putrajaya berhubung situasi ini.

Baca juga:   4 lelaki bersenjata kapak dan tukul samun kedai emas

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, dia ada mendengar desas-desus yang mana ada pihak-pihak tertentu yang menggunakan ‘kuasa’ mereka untuk memotong giliran.

Ini termasuk membawa sama pasangan dan keluarga mereka untuk diberikan suntikan, manakala para pegawai yang bertugas pula seolah-olah akur dengan kemahuan pihak terbabit.

Katanya, vaksin fasa pertama adalah untuk petugas barisan hadapan jadi bagi yang bekerja di bahagian pentadbiran atau di dalam pejabat sepatutnya tidak perlulah tergesa-gesa minta disuntik.

“Walaupun Tan Sri KPK (Ketua Pengarah Kesihatan) sudah menafikan kenyataan ini tapi saya percaya jika tiada angin, masa kan pokok itu bergoyang.

“Saya ingin menyeru rakan-rakan seluruh negara. Mari kita tegakkan hak kita. Jangan kita tunduk dengan tekanan dari orang atasan untuk vaksin manusia yang tidak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Mara (UTM) turut melahirkan kebimbangan berhubung program imunisasi tersebut.

Sebagai contoh, wakil-wakil rakyat di negeri Selangor terdiri daripada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri dilaporkan mendaftar sebagai penerima vaksin fasa pertama.

“Tidak diketahui apakah definisi barisan hadapan kerajaan negeri lain. Atau samada kerajaan Persekutuan turut senaraikan semua Ahli Parlimen dalam fasa 1.

“Bukannya jealous (cemburu), takut jadi polemik kerana suntikan fasa 1, 2 dan 3 (bukan sahaja) berlainan masa tetapi juga berlainan jenama vaksin,” katanya.

Baca juga:   Lima negeri catat vaksinasi lebih 100 peratus

Untuk rekod, jumlah keseluruhan petugas baris hadapan di Selangor yang bakal menerima vaksin untuk fasa pertama adalah sebanyak 66,690 orang.

Baca juga:   Noryn Aziz, usahawan selamat bernikah

Memang benar ada rakyat di luar sana yang tidak yakin dengan vaksin tersebut sehingga mereka mengharapkan agar suntikan diberikan dahulu kepada para menteri agar apa sahaja kesannya, merekalah bertanggungjawab.

Namun adalah disayangkan jika mereka yang tidak berkeperluan diberikan suntikan lebih awal walhal masih ramai petugas barisan hadapan yang belum menerimanya.

Apa yang diharapkan, semua pihak bertanggungjawab memastikan hanya mereka yang berada dalam senarai barisan hadapan sahaja yang menerima suntikan pada fasa pertama ini.

Pastikan kejadian ‘potong giliran’ tidak berlaku, dan jika ada tindakan tegas perlu dikenakan. – Edisi 9

Terkini

500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi berjaya diselesaikan MySejahtera dalam tempoh seminggu...

Lagi Artikel Berkaitan