24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PKPD Felda Triang 3, 17 Februari hingga 3 Mac

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Felda Triang 3 di Bera, Pahang mulai esok hingga 3 Mac ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan setelah penilaian risko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan sebanyak sembilan kes positif dilaporkan dan sehingga semalam, seramai 79 kontak rapat telah dikenal pasti tinggal di lokaliti tersebut.

felda triang
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan Perumahan Kelapa Sawit dan Taman Lamanda Permai di Felda Triang 3 yang merangkumi 1,356 orang penduduk.

“Kementerian Kesihatan akan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Berhubung tindakan penguatkuasaan semalam, Ismail Sabri memberitahu, seramai 594 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Beliau menambah, daripada jumlah itu, 569 orang dikompaun manakala 25 lagi individu direman.

Advertisements

“Antara kesalahan direkodkan adalah: rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (127), tiada penjarakan fizikal (144), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (74), tidak memakai pelitup muka (77), keluar rumah tanpa alasan munasabah (57), membawa penumpang berlebihan (31), aktiviti pusat hiburan (23), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), aktiviti sukan (17), ingkar arahan kuarantin (1) dan lain-lain (38),” jelasnya.

Pasukan Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 77,759 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Seramai 3,525 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,881 anggota telah membuat pemantauan di 8,403 buah restoran, pasar raya (4,405), bank (3,972), penjaja (2,273), kilang (1,763) dan pejabat kerajaan (948).

Turut dipantau adalah 1,139 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (299) dan terminal pengangkutan udara (109).

Ismail Sabri berkata, pasukan keselamatan berjaya menahan lima pendatang tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng semalam.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan tiga buah bot/kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui dua aktiviti penglihatan,” katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 1,848 pemeriksaan khas pematuhan SOP dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,840 premis mematuhi SOP, dua diberi nasihat, satu dikenakan amaran manakala lima lagi premis dikompaun. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan