33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

2,998 kes jangkitan baharu berbanding 5,709 sembuh

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,998 kes jangkitan baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 229,762 kes.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 5,709 pesakit sembuh, menjadikan jumlah terkumpul 272,163 kes atau 84.4 peratus.

Menurut beliau, sebanyak 22 pesakit meninggal dunia akibat COVID-19 dan setakat ini, 1,005 kes kematian atau 0.37 peratus dilaporkan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

baharu

Maklumat lain berkaitan penularan COVID-19 adalah seperti berikut:

Kes import : 7 kes (3 warganegara; 4 bukan warganegara)

Kes tempatan : 2,991 kes [1,578 warganegara (52.8%); 1,413 bukan warganegara (47.2%)

Kes aktif : 41,396 kes

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 231 kes

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes

Sebanyak 103 kes (3.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (48 kes), Kluster Tembok Bendera (22 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Matambai (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan lapan (8) kes di Selangor, empat (4) kes di Sabah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Perak, serta satu (1) kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga hari ini:

Jumlah kluster baharu :13 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat : 529 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Damai Ketari, Kluster Senai Cyber, Kluster Taman Sayong Pinang, Kluster Belukar, Kluster Sungai Burong, Kluster Tampoi Lima, Kluster Jalan Taruka, Kluster Jalan Rami, Kluster Udarama, Kluster Tapak Bina Jalan Zuhrah, Kluster Puncak Galaksi, Kluster Dang Mutiara, dan Kluster Kampung Geting

Jumlah kluster aktif : 499 kluster

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 75 kluster.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (380 kes), Kluster Kebun Baru (186 kes), dan Kluster Industri TTJ (141 kes).

baharu

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti. – EDISI 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan