32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

SPRM sahkan ahli politik ditahan, sita RM1.2 juta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang ahli politik berjawatan Timbalan Pengerusi sebuah parti yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

SPRM dalam kenyataan media malam ini memberitahu, turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam ialah dua pengarah syarikat. 

Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan ahli politik tersebut. 

Turut dirampas adalah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

“Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.

“Ketika ini, siasatan masih lagi berjalan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini,” kata suruhanjaya berkenaan.

Terdahulu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyuarakan kekesalan dengan laporan media berhubung penahanan ahli politik terbabit bagi membantu siasatan kes rasuah oleh SPRM semalam.

Baca juga:   Menyamar pegawai minta rasuah, SPRM tahan 4 individu

Pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, tiada aset atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang dirampas milik ahli politik berkenaan, bukan seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Baca juga:   RFID mahal: Kerajaan tunggu laporan lengkap PLUS, TNG

Sebaliknya, menurut beliau, wang berjumlah RM17,000 dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatan.

“Kereta yang disita bukanlah miliknya tetapi oleh seorang kenalan yang menumpang tempat,” katanya.

Farhash Wafa Salvador turut mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan tidak bersikap berat sebelah di dalam pemantauan berkenaan isu tersebut.

“Media harus lebih cermat kerana siasatan masih dijalankan dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa prejudis,” jelasnya.

Semalam, portal MalaysiaNow melaporkan, ahli politik itu diberkas SPRM bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah jutaan ringgit melibatkan sebuah kementerian ketika zaman Pakatan Harapan (PH).

Memetik laporan MalaysiaNow, beliau turut ditahan bersama dua pengarah syarikat dalam operasi yang dilancarkan SPRM di Ipoh.

Wang turut dirampas dari sebuah rumah dan pejabat turut disita.

Sumber memberitahu MalaysiaNow, SPRM turut membekukan akaun bank milik individu dan syarikat dengan jumlah RM77 juta.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas pernah digunakan sebagai kenderaan rasmi.

Siasatan terhadap itu dipercayai ada kaitan dengan pemberian projek pasir ketika era pentadbiran PH dahulu.

Baca juga:   Royalti pasir: SPRM ambil maklumat daripada Idris Haron

Nampaknya penafian yang diberikan oleh Farhash Wafa Salvador adalah berbeza dengan maklumat yang dinyatakan oleh SPRM.

Mungkin beliau perlu menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung skandal tersebut. – EDISI 9

Baca juga:   Tengku Adnan tak bebas sepenuhnya, masih boleh dituduh - SPRM

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan