32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kenderaan tentera rejim Zionis ceroboh selatan Gaza

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

GAZA – Sekumpulan kenderaan tentera rejim Zionis Israel menceroboh kawasan pertanian di timur Khan Yunis di selatan Gaza hari ini.

The Palestinian Information Center melaporkan, tembakan turut dilepaskan di lokasi berkenaan.

Memetik sumber tempatan, tiga jentolak berperisan dan empat kereta kebal mara dari sebuah pos tentera di belakang pagar keselamatan memasuki kawasan pertanian di timur Khan Yunis.

Jentolak-jentolak terbabit menolak tanah dan menimbukkanya di kawasan tersebut.

Tentera rejim Zionis Israel turut menembak peluru hidup dan bom asap secara berkala sebagai perlindungan terhadap unit-unitnya yang menceroboh.

Sempadan timur Gaza sering dicerobohi tentera rejim Zionis dan mereka melepaskan tembakan bagi menghalang beratus-ratus petani daripada bekerja di tanah berhampiran pagar keselamatan.

HASAN NASRALLAH

Dalam perkembangan lain, di BEIRUT, Setiausaha Agung Hezbollah, Hasan Nasrallah memberi amaran kepada Israel bahawa mereka akan bertindak balas sekiranya diserang oleh rejim Zionis itu.

Beliau berkata, Israel tidak pernah mematuhi undang-undang antarabangsa dengan memusnahkan bandar-bandar dan membunuh orang awam dalam semua peperangannya.

“Kami tidak mahu memulakan konfrontasi atau perang tetapi kami akan bertempur sekiranya dipaksa berbuat demikian,” katanya dalam sambutan ulang tahun Pemimpin-Pemimpin Hezbollah Yang Syahid semalam.

Kepada ketua turus tentera Israel, Aviv Kochavi, Hassan memberi amaran Hezbollah akan menyerang bandar-bandar dan kawasan penempatan di Israel sekiranya rejim Zionis memulakan tindakan tersebut.

“Dalam mana-mana peperangan pada masa hadapan, Israel akan berdepan situasi yang tidak pernah dialaminya sejak ia wujud,” tegasnya.

GAZA
SHEIKH OMAR AL-BARGHOUTI

Sementara itu, di RAMALLAH, pegawai kanan Hamas, Sheikh Omar al-Barghouti memberitahu, kempen penahanan tokoh-tokoh Palestin di Tebing Barat tidak akan menghalang sesiapa pun daripada menyertai pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Dalam kenyataan media, beliau menyeru agar satu rancangan bersepadu di peringkat nasonal dimeterai bagi menangani kempen rejim Zionis tersebut.

Sheikh Omar berpandangan, tindakan itu mesti dilakukan bagi melindungi hak rakyat Palestin untuk mengundi.

Awal pagi semalam, tentera rejim Zionis menculik dua pegawai kanan Hamaws iaitu Yasser Mansour dan Sheikh Adnan Asfour dari rumah mereka di Nablus.

Yasser merupakan Ahli Parlimen Palestin.

Baru-baru ini, tentera rejim menculik dua pegawai Hamas iaitu Sheikh Khaled al-Hajj dan Sheikh Abdul-Baset al-Hajj dari rumah mereka di Jenin.

Bulan lalu, agensi risikan Israel, Shin Bet memanggil Sheikh Omar untuk disiasat dan mengugut beliau dengan hukuman penjara sekiranya berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya Palestin.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan