31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Artikel wanita tikam suami guna gambar salah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Baru-baru ini beberapa agensi media tempatan dan antarabangsa melaporkan tentang insiden seorang wanita di Mexico ditahan polis kerana menikam suaminya setelah cemburu apabila melihat sekeping gambar wanita muda yang disimpan lelaki itu.

Walhal, seperti yang dilaporkan agensi-agensi media terbabit, gambar itu sebenarnya adalah dirinya semasa muda.

Salah satu tajuk yang digunakan adalah Nampak Foto ‘Gadis Muda Dalam ‘Handphone’ Suami, Wanita Dilapor Tikam Suami Tanpa Sedar Gambar Itu Adalah Dirinya.

Namun, AFP Factual mengesahkan gambar yang salah telah digunakan oleh semua agensi media terbabit termasuk The New York Post (Amerika Syarikat) dan The Daily Mirror (United Kingdom).

Gambar itu tersebar dalam talian sejak 2019 dalam laporan mengenai seorang wanita yang ditangkap di Argentina kerana mendera dan membunuh seorang kanak-kanak.

Pada September 2019, tentera laut Argentina berkata, mereka telah menahan wanita itu di Buenos Aires.

“Dia dihukum penjara seumur hidup pada 2011 atas kesalahan rogol, penyeksaan dan kematian anak bawah umur dan sejurus selepas itu melarikan diri pada 2012, kata tentera laut dalam satu kenyataan.

“Imej itu diterbitkan di Facebook pada 24 Januari 2021, di mana ia telah dikongsi melebihi 1,800 kali,” kata AFP Factual melalui portal semakan faktanya.

Selain itu, gambar itu juga tular dengan dakwaan serupa dalam bahasa Portugis di Twitter dan bahasa Indonesia di Facebook.

Carian kata kunci mendapati gambar tersebut diterbitkan oleh Wilayah Angkatan Laut Argentina di akaun Twitternya pada 26 September 2019.

“Kami telah menangkap salah satu wanita yang paling dikehendaki di negara ini,” menurut ciapan dalam bahasa Sepanyol itu. “Seorang jururawat, dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2011 untuk rogol, penyeksaan dan kematian anak bawah umur ketika ritual syaitan di Mercedes, Corrientes pada tahun 2006.”

Advertisements

Ayat asal berbunyi seperti begini:

Capturamos a una de las mujeres más buscadas del país. De profesión enfermera, tiene una condena de prisión perpetua desde el 2011 por la violación, tortura y muerte de un menor durante un ritual satánico realizado en la ciudad correntina de Mercedes en 2006
pic.twitter.com/Kqw11CK9Gx

— Prefectura Naval Argentina (@PrefecturaNaval)
September 25, 2019

Wanita itu melarikan diri pada tahun 2012 dan ditangkap di pinggir bandar Buenos Aires pada 25 September 2019, kata Wilayah Tentera Laut Argentina dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyertakan foto yang sama menunjukkan wanita yang dikongsikan dalam catatan media sosial yang mengelirukan.

Jelas kenyataan tersebut, wanita itu dikehendaki kerana membunuh dengan kekejaman, pengkhianatan, penderaan seksual dan perampasan kebebasan secara tidak sah.

Gambar itu diterbitkan bersama dengan laporan sahih oleh agensi berita nasional Argentina, Telam.

Dakwaan tak benar bahawa foto itu menunjukkan seorang wanita Mexico yang menikam suaminya pada Januari 2021 nampaknya berasal daripada catatan Facebook pada 23 Januari 2021 di laman yang tidak disahkan bernama Policía Municipal.

Apabila dihubungi AFP Factual, Jabatan Keselamatan Awam di Sorona, negeri di Mexico di mana berapa catatan-catatan mendakwa penikaman itu berlaku, menafikan kesahihan kisah viral tersebut.

“Tidak ada laporan” sebuah kes dengan ciri-ciri yang digambarkan oleh catatan-catatan tersebut, kata mereka. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan