Tuesday, July 21, 2026

Penduduk Kg Melayu Ulu Tiram gempar jumpa bom

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

ULU TIRAM – Penduduk Kampung Melayu Ulu Tiram, Johor digemparkan dengan penemuan bom peninggalan zaman Perang Dunia Kedua semalam.

Memetik kenyataan dalam laman Facebook Polis Johor, bahan letupan jenis Shell 85 milimeter itu dijumpai ketika penduduk membersihkan rumah.

Objek tersebut dipercayai dilancarkan sewaktu perang dunia kedua diantara Disember 1942 hingga Ogos 1945 telah dimusnahkan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

UPB Kontinjen Johor melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian. Gambar: Facebook Polis Johor

“Pihak Unit Pemusnahan Bom (UPB) Kontinjen Johor telah menjalankan pembersihan keselamatan di sekitar jumpaan bom lama tersebut bagi memastikan tiada objek lain selain dari jumpaan tersebut sebelum tindakan pemusnahan dilakukan.

“Tindakan pemusnahan telah dijalankan dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” jelas kenyataan itu.

Polis Johor menyeru kepada orang ramai yang menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, supaya membuat laporan segera di mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Orang ramai diingatkan juga supaya jangan diusik, dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan