29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Farhash nafi sitaan wang ahli politik cecah jutaan ringgit

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kesal dengan laporan media berhubung penahanan seorang ahli politik bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, tiada aset atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang dirampas milik ahli politik tersebut, bukan seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Sebaliknya, menurut beliau, wang berjumlah RM17 ribu dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatan.

“Kereta yang disita bukanlah miliknya tetapi oleh seorang kenalan yang menumpang tempat.

“Lebih mendukacitakan adalah apabila beberapa portal lain juga sekadar memetik sumber untuk mensensasikan laporan tanpa membuat usul periksa secara lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Farhash Wafa Salvador turut mengingatkan bahawa penyebaran berita palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan tidak bersikap berat sebelah di dalam pemantauan berkenaan isu tersebut.

“Media harus lebih cermat kerana siasatan masih dijalankan dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa prejudis,” jelasnya.

Semalam, portal MalaysiaNow melaporkan, seorang ahli politik diberkas SPRM bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah jutaan ringgit melibatkan sebuah kementerian ketika zaman Pakatan Harapan (PH).

Advertisements

Memetik laporan MalaysiaNow, beliau turut ditahan bersama dua pengarah syarikat dalam operasi yang dilancarkan SPRM di Ipoh.

Wang turut dirampas dari sebuah rumah dan pejabat turut disita.

Sumber memberitahu MalaysiaNow, SPRM turut membekukan akaun bank milik individu dan syarikat dengan jumlah RM77 juta.

Difahamkan, kereta mewah yang dirampas pernah digunakan sebagai kenderaan rasmi.

Siasatan terhadap itu dipercayai ada kaitan dengan pemberian projek pasir ketika era pentadbiran PH dahulu.

Walau apa pun, biarlah SPRM menjalankan siasatan terhadap skandal tersebut dahulu.

Lagipun, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum ini begitu lantang bersuara sekiranya ada tokoh dari parti lawan yang disiasat SPRM atas dakwaan rasuah.

Kenyataan mereka turut disiarkan saluran-saluran media yang mesra PH.

Cuma, apabila media melaporkan siasatan SPRM terhadap pemimpin mereka, lain pula bunyi nadanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan