24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tambah nilai tunai BigPay lebih mudah di 7-Eleven

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – BigPay memperluaskan rangkaian perkhidmatan kewangannya dengan melancarkan tambah nilai tunai di semua kedai 7-Eleven seluruh Malaysia.

Pengasas bersama BigPay, Salim Dhanani berkata, pelanggan sedia ada kini boleh melakukan tambah nilai akaun BigPay mereka di salah satu daripada lebih 2,400 kedai 7-Eleven.

“Usaha memastikan setiap individu mempunyai akses kepada perkhidmatan perbankan digital adalah penting dalam misi kami dan membolehkan wang tunai dipindahkan dengan mudah ke dalam akaun BigPay adalah langkah besar ke arah itu.

“7-Eleven mempunyai lebih banyak cawangan daripada yang dimiliki oleh kebanyakan bank-bank di Malaysia.

“Perkara ini memberi kelebihan yang unik kepada BigPay dari segi menyediakan perkhidmatan kewangan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Senang je nak tambah bayar lepas ni.

Dilancarkan pada 2018, BigPay telah berkembang menjadi salah satu daripada platform kewangan digital terbesar dari segi nilai transaksi kasar dengan lebih 1.3 juta pengguna di seluruh Malaysia.

BigPay membolehkan pengguna-penggunanya membuka akaun daripada telefon pintar masing-masing dan membuat pembayaran di mana-mana pedagang tempatan atau antarabangsa.

Mereka juga boleh membuat pemindahan wang secara percuma dan pantas kepada rakan-rakan, berkongsi membuat bayaran, menguruskan perbelanjaan dan menjejak perbelanjaan mereka dalam satu aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play dan Apple App Store.

Advertisements

“Kami merancang untuk menyediakan akses ke produk-produk kewangan utama yang lazimnya hanya ditawarkan oleh bank-bank kepada semua pengguna pada kos yang lebih rendah dan perkhidmatan yang lebih cekap.

“Kami mahu membuang sekatan fizikal dan monetari yang menghalang orang ramai daripada menguruskan dan menggunakan kewangan mereka dengan lebih baik.

“Kejayaan kami setakat ini adalah menyediakan asas yang kukuh bagi kami untuk memperkukuhkan jejak kami dalam pasaran dan produk baharu pada tahun depan,” tambah Salim.

Sebagai salah satu misinya dalam mencabar keterangkuman perbankan dan menambah baik perkhidmatan kewangan di seluruh Asia Tenggara melalui teknologi kewangan (fintech), BigPay berhasrat untuk berkembang di lebih banyak negara anggota ASEAN sepanjang tahun ini.

Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan rangkaian produk baharu termasuk pinjaman peribadi, insurans dan pengurusan kekayaan.

BigPay turut berminat untuk memohon lesen perbankan digital di Malaysia dan negara-negara lain serta sedang giat menilai pendekatan yang tepat.

Syarikat tersebut telah melancarkan perkhidmatannya di Singapura pada September tahun lalu sebagai sebahagian daripada langkah pengembangan operasinya di rantau ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan