23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

eInvoice, LivePay mampu tingkat pendapatan jualan dalam talian

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi kewangan Malaysia yang merupakan perintis pendigitalan perniagaan, Revenue Monster memperkenalkan elnvoice dan Livepay bagi membantu rakyat negara ini melonjakkan pasaran melalui media sosial dan jualan langsung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Chin berkata, ciri-ciri baharu Revenue Monster bertujuan memperkasakan ribuan rakyat Malaysia yang sedang beralih kepada penjualan dalam talian untuk menambah pendapatan mereka dan kedua-dua kaedah baharu itu tidak memerlukan sebarang kos pengendalian.

“Pandemik dan PKP telah mempengaruhi punca pendapatan pelbagai pihak. Ramai yang mencari kaedah alternatif untuk bertahan, dan sekarang penjualan dalam talian telah menjadi pilihan yang paling sesuai.

“Tanpa sebarang kos penyediaan awal, solusi eInvoice dan LivePay akan membolehkan perniagaan terkecil sekalipun untuk menggunakan sistem pembayaran tahap profesional untuk memanfaatkan sepenuhnya pasaran dalam talian yang sedang berkembang,” katanya dalam satu kenyataan.

AMANDA CHIN

Beliau berkata, melalui satu pautan yang mudah digunakan, perniagaan dapat memperoleh pembayaran dari hampir semua platform dan sumber.

“Selain itu, mereka dapat menguruskan semuanya dari satu hab. Kami percaya ini penting dalam membantu mereka bukan sahaja dalam mempertahankan tetapi juga mengembangkan perniagaan dalam talian mereka,” katanya.

Melalui penggunaan eInvoice, kata Amanda, peniaga dapat mencipta dan kongsi pautan pembayaran sekali (one-off) kepada pelanggan tertentu dengan mudah di mana-mana platform sosial manakala LivePay menghasilkan pautan pembayaran pelbagai guna (multi-use) yang sesuai untuk beberapa pembayaran serentak yang biasanya digunakan semasa penjualan secara langsung.

“Pembayaran menjadi semakin mudah bagi pengusaha baru. Jika anda ingin menyelesaikan transaksi sekali sahaja, masukkan maklumat yang diperlukan dan invois digital serta pautan pembayaran akan dibuat secara automatik.

Baca juga:   Dua 'tali barut' sindiket dadah antarabangsa ditahan

“Anda kemudian boleh berkongsi pautan ini seperti yang anda mahukan, melalui e-mel, teks, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi. Pelanggan anda akan dapat membayar dengan cara pilihan mereka dengan satu klik pautan yang mudah.

“Untuk penjualan langsung di Facebook, hanya tampal dan sematkan pautan LivePay di bahagian atas live stream anda dan pelanggan boleh menggunakan pautan tersebut untuk membeli pada bila-bila masa,” katanya.

Baca juga:   Bakal menantu 'hantu' dipenjara tiga tahun, enam sebatan

Beliau menjelaskan, ciri eInvoice dan LivePay disatukan terus ke hab pedagang bersepadu Revenue Monster yang membolehkan pengguna mengesan pembayaran dalam masa nyata dan menerima notifikasi bagi setiap pembayaran yang berjaya.

“Jika dikombinasikan dengan solusi pembayaran bersatu Revenue Monster, pengguna akan dapat menerima pembayaran dari pelbagai sumber seperti eWallet, perbankan dalam talian dan kad kredit / debit.

“Jualan langsung telah terbukti berkesan bagi peniaga tempatan yang ingin melakukan perniagaan lebih digital memandangkan sekatan pergerakan yang berterusan. Pelbagai industri telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Revenue Monster seperti pusat latihan dan pendidikan serta persatuan keagamaan,” katanya.

Amanda memberitahu, platform Revenue Monster secara keseluruhan telah membantu hampir 13,000 cawangan perniagaan dari 6,000 jenama makanan dan minuman, fesyen dan aksesori, perkakas rumah, kecantikan / penjagaan diri, kenderaan dan banyak lagi.

“Rangkaian perkhidmatan holistik Revenue Monster dirancang terutamanya untuk membantu proses perdagangan menjadi lebih cekap dan mudah.

”Kami sedar potensi digital dan eCommerce, oleh itu kami ingin menjadikannya mudah dan lancar bagi seluruh lapisan rakyat Malaysia untuk memanfaatkan potensi ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menziarahi pusara bekas 'sifu' atau mentor politiknya, Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan