24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Elaun RM500 frontliners KKM indah khabar dari rupa

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan pengumuman kerajaan berhubung pemberian elaun sekali bayar RM500 kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2021 sebagai indah khabar dari rupa.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pemberian bantuan itu mempunyai kadar dan kelayakan yang sangat berbeza berbanding dengan yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Menurut beliau, melalui surat edaran yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 11 Februari lalu, kadar dan kelayakan bagi pemberian sekali bayar telah ditetapkan kepada kadar penuh RM500 dan kadar separuh RM250.

adnan mat
ADNAN MAT

“Petugas Kementerian Kesihatan hanya layak mendapat kadar penuh RM500 jika telah dibayar Elaun Khas COVID-19 tahun lalu pada kadar penuh selama tiga bulan atau lebih manakala mereka yang menerima elaun kurang daripada tiga bulan atau kadar separuh hanya layak menerima kadar separuh RM250.

“Lebih mengecewakan lagi petugas barisan hadapan ini ialah apabila mereka perlu membuat tuntutan sekali bayar secara manual dengan mengisi borang tuntutan.

“Tindakan Kementerian Kesihatan ini bukan sahaja boleh menyebabkan semangat perjuangan barisan hadapan luntur malah memberi tanggapan negatif kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian sekali bayar sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan sebagai tanda penghargaan dalam menangani dan membendung penularan wabak COVID-19.

Baca juga:   5,718 pesakit sembuh, rekod tertinggi dicatat KKM
Baca juga:   Bersikap terbukalah terima teguran bekas KPN

Keputusan kerajaan untuk memberikan bantuan berbentuk sekali bayar itu sedikit sebanyak menyuntik semangat barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang diketahui umum telah berjuang tanpa henti dalam menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 sejak awal tahun lalu lagi.

Adnan menambah, tindakan membezakan pemberian sekali bayar itu kepada dua kadar yang berbeza hanya bersandarkan kepada status penerima Elaun Khas COVID-19 ini adalah tidak adil.

elaun
Syarat pembayaran elaun petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Beliau memberitahu, walaupun petugas itu tidak mendapat tuntutan penuh Elaun Khas COVID-19, ia tidak bermaksud sumbangan petugas terbabit adalah kurang.

“Perlu diingat apabila pandemik melanda telah menyebab penambahan beban tugas kerana tugas hakiki perlu juga diutamakan selain tugas berkaitan COVID-19.

“Sebagai contoh petugas barisan hadapan perlu digilirkan untuk memastikan mereka mempunyai masa untuk merawat kes yang lain serta mengelakkan keletihan melampau.

“Sudah tentu dengan pengiliran tugas ini menyebabkan jumlah hari mereka bertugas untuk melawan COVID-19 mungkin tidak sampai 15 hari untuk melayakkan mendapat tuntutan penuh Elaun Khas COVID-19,” jelasnya.

Justeru, Adnan berkata, CUEPACS menggesa agar Kementerian Kesihatan membuang semua syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan dalam pemberian sekali bayar ini kepada petugas barisan hadapan.

“CUEPACS berpendapat semua petugas Kementerian Kesihatan yang dikategorikan sebagai barisan hadapan dan telah bertungkus lumus dalam menangani pandemik COVID-19 layak diberi RM500 tanpa mengambil kira syarat tambahan,” ujarnya.

Baca juga:   Hamzah mengaku suaranya dalam rakaman audio tular

Beliau berpandangan, Kementerian Kesihatan perlula menyerahkan kuasa kepada ketua jabatan untuk menentukan siapakah barisan hadapan yang layak untuk menerima sekali bayar RM500 terutamanya pasukan barisan hadapan yang telah ditetapkan oleh jabatan masing-masing untuk bertugas sebagai frontliner.

Baca juga:   Pelajar universiti boleh balik kampung cuti raya Aidilfitri

“Sudahlah pemberian Elaun Khas COVID-19 penuh dengan dokumentasi dan pelbagai syarat sehingga petugas barisan hadapan merasa malas untuk menuntut elaun berkenaan.

“Kini, pemberian sekali bayar yang telah diumumkan untuk diberikan kepada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan juga mahu diremehkan dengan pelbagai syarat dan kerenah birokrasi,” katanya.

Adnan berkata, CUEPACS berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera agar petugas barisan hadapan dapat fokus berkhidmat kepada rakyat dan negara. – EDISI 9

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan