30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

CapBay dapat pengiktirafan antara fintech terbaik di Asia

Mesti Baca

CAPBAY mencatat sejarah sebagai antara syarikat fintech yang mendapat pengiktirafan daripada Fortune’s Fintech Innovators Asia 2024.

CapBay merupakan satu-satunya entiti dari Malaysia dalam kumpulan 60 peneraju fintech, termasuk bank digital, syarikat pembayaran, dan pemain kripto seperti Binance, WeBank, KakaoBank, Grab, dan Ant Group.

Pengumuman itu dibuat pada Festival Fintech Singapura 2024, yang mempamerkan syarikat fintech paling inovatif dan berimpak dari seluruh rantau Asia-Pasifik.

Sejak beroperasi pada 2017, CapBay telah berperanan penting dalam mengubah landskap pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di rantau ini, dari ibu pejabatnya di Malaysia.

Melalui platformnya, syarikat itu  memanfaatkan sistem penilaian kredit berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang proprietari, analitik data canggih, dan teknik pembelajaran mesin.

Pendekatan inovatif ini membolehkan CapBay menyediakan penyelesaian pembiayaan penting kepada PKS yang sering diabaikan oleh institusi perbankan tradisional, menghasilkan pembiayaan lebih RM3.7 bilion kepada lebih 2,000 PKS yang kurang diberi layanan dalam 20 industri yang berbeza.

Pengerusi CapBay, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dengan pengiktirafan oleh Fortune, mengesahkan komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan inovatif bagi menangani jurang akses kewangan yang dihadapi oleh PKS.

Advertisements

“Pendekatan berasaskan teknologi kami membolehkan kami mengekalkan kadar gagal bayar kurang daripada 0.5 peratus, menunjukkan keupayaan kami untuk menyokong perniagaan yang kurang diberi layanan sambil mengekalkan prudensi kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selaras dengan pelan pengembangan strategiknya, CapBay baru-baru ini telah memperluaskan operasi ke Singapura dan Thailand, dengan aspirasi untuk menembusi pasaran di Vietnam, Indonesia, dan Filipina.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CapBay, Ang Xing Xian berkata, pihaknya mahu menjadikan Malaysia sebagai hab untuk Asia Tenggara, memastikan bahawa apabila syarikat tempatan berkembang, CapBay bersedia untuk menyokong mereka. 

“Kami komited untuk memajukan pendigitalan dan memudahkan urusan perdagangan dan perniagaan, melancarkan rangkaian penyelesaian yang komprehensif yang memperkasakan PKS untuk mencapai pertumbuhan mampan,” katanya.

Memandang ke hadapan, CapBay kekal komited untuk membangunkan penyelesaian pembiayaan inovatif yang memenuhi keperluan perniagaan yang berubah-ubah dalam pelbagai pasaran. 

Syarikat ini berhasrat untuk memperkenalkan alat digital canggih yang direka untuk meningkatkan kecekapan operasi dan literasi kewangan dalam kalangan PKS, memastikan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran persekitaran perniagaan yang dinamik.

Sebagai tambahan kepada pengiktirafan terkini oleh Fortune, CapBay juga telah disenaraikan antara The World’s Top 250 Fintech Companies pada tahun 2024 oleh CNBC dan Statista untuk tahun kedua berturut-turut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia cadang bawa inisiatif JELITA ke peringkat ASEAN – Zahid

MALAYSIA bercadang untuk membawa insiatif Pemerkasaan Pekerjaan melalui Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA) ke peringkat ASEAN bagi merapatkan...

Lagi Artikel Berkaitan