25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 15, 2021

Najib jelaskan laporan ‘UMNO boleh bekerjasama dengan musuh’

Must Read

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

PM beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...

Harapan balik kampung berkecai, KKM cadang tangguh rentas negeri

CYBERJAYA – Jika ada antara kita yang masih menaruh harapan untuk pulang kampung menyambut Aidilfitri tahun ini, mereka harus...

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak tampil memberi penjelasan berhubung ‘UMNO boleh bekerjasama dengan ‘musuh’ seperti dilapor Astro Awani dan dipetik beberapa media lain.

Menurut bekas Perdana Menteri, beliau hanya menjawab secara umum berhubung pertanyaan yang dilontarkan dalam wawancara bersama stesen TV tersebut malam tadi.

“Entah kenapa Astro Awani gunakan gambar Tun Mahathir (Mohamad) dan Anwar (Ibrahim) dalam laporan berita dengan tajuk ini. Kenapa tak letak gambar Shafie Apdal, Mat Sabu atau Uncle Kit Siang juga?

“Saya cuma menjawab secara am apabila ditanya dalam wawancara tersebut bahawa berkerjasama dengan seteru bukan perkara baharu dalam politik Malaysia,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook hari ini.

Bagi menjelaskan perkara itu, Najib berkata, semasa Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973 selepas darurat Tragedi Mei 13, beberapa parti yang merupakan musuh politik ketika itu seperti Gerakan, PPP dan Pas turut menyertai BN.

Katanya, pada masa itu pemikiran bapanya adalah untuk memastikan negara dalam keadaan stabil dan memulihkan Malaysia sebagai agenda paling penting.

“Dari ini, saya diajar bahawa politik ini adalah dinamik dan kita perlu sentiasa kaji apakah langkah boleh diterima oleh alih-ahli kita yang paling sesuai bagi parti dan kepentingan negara.

“Sesiapa pada tahun 2017 akan kurang percaya bahawa pada tahun 2018, Pas yang merupakan “musuh” kita pada PRU-14 akan bergabung dengan UMNO dalam Muafakat Nasional,” katanya.

Najib berkata, perkara itu dapat dilakukan selepas mendapat persetujuan majoriti ahli UMNO.

Katanya, sesiapa pada akhir tahun 2019 juga akan kurang percaya bahawa PPBM yang merupakan “musuh” UMNO pada masa itu dan masih berlawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada November 2019 dan PRK Kimanis pada Januari 2020 akan berpakat dengan UMNO dalam kerajaan baru pada Februari 2020.

“Ia juga menjadi realiti sebab ahli-ahli UMNO dan BN bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM masa itu (tetapi kini ditolak oleh majoriti ahli).

“Jadi, apa langkah untuk berkerjasama dan siapa yang kita mahu berpakat dengan perlu dipersetuji dan diterima majoriti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan wajar dikaji demi masa depan parti dan juga demi kepentingan bangsa, agama dan negara,” jelas beliau.

Namun begitu, kerjasama itu hanya berjaya dengan syarat ahli-ahli dan pemimpin UMNO boleh menerimanya dan parti-parti berkenaan ikhlas serta mempunyai kepercayaan antara satu sama lain.

“Jika majoriti ahli-ahli parti bersetuju untuk bekerjasama dengan Tun Mahatir atau Mat Sabu atau Shafie Apdal, kita explore. Jika majoriti ahli-ahli parti bantah untuk kita bekerjasama dengan Anwar Ibrahim atau DAP atau Shafie Apdal, kita tak teruskan.

Explore all options and think out of the box” kata orang putih,” katanya. – Edisi 9

Latest News

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

More Articles Like This