24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

TransferWise kini dijenama semula sebagai Wise

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – TransferWise hari ini mengumumkan penjenamaan semula kepada Wise dan pelantikan Pengurus Negara Malaysia, Lim Paik Wan.

Dilancarkan pada tahun 2011 sebagai perkhidmatan pemindahan wang untuk orang ramai, syarikat ini telah berkembang untuk membangunkan rangkaian pembayaran rentas sempadan yang membantu perbankan antarabangsa menjadi lebih murah, cepat dan menyenangkan bagi 10 juta pelanggannya.

Syarikat ini mengendalikan £4.5 bilion (RM25.2 bilion) dalam nilai transaksi rentas sempadan setiap bulan, dengan pelanggan menjimatkan sejumlah £1 bilion (RM5.6 bilion) setahun berbanding dengan melakukan transaksi yang sama dengan bank mereka.

Perkhidmatan pemindahan wang, yang kini menjadi ciri akaun Wise, adalah salah satu cara lebih murah dan mudah untuk menghantar dan menerima wang di seluruh dunia dengan harga sehingga 4x lebih murah berbanding daripada bank.

Syarikat itu juga mengumumkan pelantikan Paik Wan sebagai pengurus negara Malaysia untuk Wise di mana beliau akan bertanggungjawab untuk memimpin dan mengembangkan kehadiran dan pertumbuhan Wise di negara ini.

Wise
LIM PAIK WAN

Pekerja asing di Malaysia kini juga dapat menggunakan Wise untuk menghantar kiriman wang ke akaun bank dan e-dompet ahli keluarga mereka di kampung halaman mereka tanpa membayar yuran dan kos tambahan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan lain.

Inisiatif tersebut menjimatkan wang yang boleh disimpan atau membolehkan jumlah kiriman wang yang lebih besar untuk dikirim.

Sebagai syarikat yang menguntungkan, mampan dan juga mempunyai pengalaman yang luas, Wise bersedia memberi perkhidmatan kepada pengguna Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.

Paik Wan berkata, beliau gembira menjadi sebahagian daripada pasukan yang berusaha mencapai misi Wise iaitu untuk membuat pembayaran rentas negara yang pantas, mudah, telus dan semurah yang boleh.

Advertisements

Beliau menambah, berdasarkan kaji selidik yang dijalankankan baru-baru ini, Wise mengenal pasti bahawa 50 peratus rakyat Malaysia ingin menjimatkan kos pengiriman wang dan 57 peratus menghargai pemindahan yang sampai ke penerima dengan lebih cepat.

“Kami bertekad untuk memenuhi pemintaan mereka.

“Kami juga teruja untuk memperluas kesediaadaan perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa kepada pekerja asing, yang juga dapat memperolehi faedah daripada pilihan yang murah, selamat dan sepenuhnya dalam talian untuk keperluan pengiriman wang mereka,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Wise, Kristo Käärmann memberitahu, nama baharu itu adalah sesuai dengan apa yang dibangunkan oleh syarikatnya iaitu satu komuniti dan perniagaan dengan kehidupan pelbagai mata wang.

“Komuniti ini kini merangkumi bank-bank itu sendiri. Kami telah berkembang untuk menjadi lebih daripada perkhidmatan pemindahan wang, tetapi pengalaman utama menggunakan Wise akan tetap lebih cepat, lebih murah dan lebih mudah daripada yang lain.

“Misi kami tetap sama. Kami masih mengendali – dan akan terus mengendalikan – wang berfungsi tanpa sempadan,” jelasnya.

Bermula hari ini, pelanggan boleh mengunjungi laman sesawang baharu di Wise.com.

Peralihan terakhir untuk semua pelanggan ke jenama Wise berkuat kuasa pada Mac 2021. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan