25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak hadir di mahkamah: Nur Sajat dikenakan waran tangkap

Mesti Baca

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Laporan Bernama yang memetik sumber berkata, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baharu,” katanya.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Jun lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam pada 7.30 malam 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman dnda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan jadual asal, Muhammad Sajjad sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi ini namun sehingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan