27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 31, 2023

Influencer rentas negeri hadir majlis kahwin diburu polis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KOTA BHARU – Polis Kelantan sedang mengesan seorang individu dipercayai influencer media sosial yang mencetuskan kontroversi kerana menghadiri majlis perkahwinan rakannya di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan itu diambil berikutan satu paparan tular dalam laman Instagram Lobak Merah yang memaparkan beberapa individu disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri majlis tersebut.

Beliau turut mengesahkan bahawa Polis Kelantan telah menerima satu laporan polis berhubung perkara tersebut petang semalam.

“Hasil semakan ke atas paparan tersebut, terdapat beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh individu tersebut menunjukkan individu tertentu (rakan) mengambil gambar bersama pasangan pengantin tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup separuh muka.

“Terdapat komen daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu terlibat yang gagal mematuhi SOP PKP / PKPB dan mempersoalkan tentang pergerakan rentas negeri rakan pengantin dari luar ke Kelantan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Semua barang dalam kedai runcit, pasar raya boleh jual

Shafien menambah, kes disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam kawasan tempatan jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 3) 2021.

Baru-baru ini, gambar dan video beberapa individu dipercayai influencer merentas negeri beramai-ramai dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka tular dalam media sosial.

Baca juga:   76 pelajar Kolej Vokasional Melaka Tengah positif COVID-19

Selain itu, mereka turut berkongsi gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan dan bersantai di pantai.

Perbuatan mereka itu mencetuskan pelbagai soalan dalam kalangan netizen memandangkan Kuala Lumpur dan Kelantan masih lagi di bawah PKP dan PKP Bersyarat (PKPB).

Pada masa ini, perjalanan rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak berkuasa adalah tidak dibenarkan.

Sekiranya perlu melakukan perjalanan rentas negeri atas urusan yang benar-benar mustahak, pihak yang berkenaan mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Semua pihak sewajarnya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan untuk memastikan penularan pandemik COVID-19 di negara ini dapat dikekang secara berkesan.

Selain itu, rakyat diwajibkan memakai pelitup muka dan mematuhi SOP penjarakan fizikal di tempat awam yang sesak dan majlis-majlis yang dibenarkan penganjurannya oleh kerajaan. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

RM51.8 juta hasil jualan inovasi menerusi NTIS

SEBANYAK RM51.8 juta hasil jualan inovasi tempatan dijana melalui Sandbox Teknologi & Inovasi Negara (NTIS). NTIS diterajui oleh Kementerian Sains,...

Lagi Artikel Berkaitan